Mauricio Pochettino percaya Arsenal bukan lagi saingan utama Spurs.

Pengendali Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino percaya Tottenham tidak lagi sibuk dengan pesaing utama Utara London mereka.



Bulan lalu, Pochettino membuat pendedahan berani bahawa Chelsea kini adalah pesaing terbesar mereka dan bukan lagi seteru tradisi utama iaitu Arsenal.

Perlawanan Piala Carabao - EFL Cup peringkat suku akhir.
Dan menjelang pertembungan suku akhir Piala EFL menentang Arsenal, yang merupakan seteru utama mereka di Utara London, beliau begitu bersungguh-sungguh dengan penuh keyakinan berlipat kali ganda menyatakan bahawa Tottenham tidak lagi bimbang dengan The Gunners sebagaimana dahulu.

"Jika anda kehilangan tumpuan anda, tumpukan kepada kelab lain, mungkin anda perlu memperbaikinya sekiranya anda ingin mencapai sesuatu yang anda impikan," katanya yang dipetik daripada Telegraph.

"Tottenham agak lemah dalam fokus (pada masa lalu) dan saya fikir sekarang fokusnya adalah untuk memperbaiki diri, bersaing dan cabaran menjadi lebih baik setiap musim.

"Akibatnya akan berada di atas beberapa kelab tetapi tumpuan tidak pernah hanya pada kelab lain seperti Arsenal."



Arsenal mengalahkan Tottenham 4-2 hanya dua minggu lalu dan Pochettino kini harus menangani senarai kecederaan yang semakin meningkat.

Sebelum ini mereka berjaya menewaskan Burnley 1-0 walauoun tanpa beberapa pemain utama seperti Jan Vertonghen, Juan Foyth, Davinson Sanchez, dan Serge Aurier dan kemenangan tersebut dicatatkan hanya empat hari selepas seri dengan Barcelona (1-1) yang sekaligus menyelamatkan kempen Liga Juara-Juara Spurs musim ini.

Terbaru, pemain pertahanan mereka dan juga tengah bertahan, Eric Dier kini terpaksa diketepikan sehingga tahun depan selepas menjalani pembedahan apendiks.

"Kami menunjukkan sifat sebenar, kepercayaan," jelas Pochettino lagi.

"Karakter fizikal kami begitu kuat. Kami menang bersama pemain lain tetapi kami tetap sikap yang sama dengan pasukan.

"Apabila anda merasakan bahawa pasukan dapat mengahadapi semua keadaan atau masalah, anda mula merasakan bahawa anda benar-benar satu pasukan yang akan berjuang untuk perkara-perkara besar."

Adakah anda setuju dengan pendapat Mauricio Pochettino? Kongsikan bersama kami.

Jika anda ingin mengetahui kelab mana paling berjaya di London sila baca disini.

Post a Comment

Previous Post Next Post