🎥 Kolasinac bersinar, Auba 'menggila'... Ozil jadi tumpuan dan cerita.

Tiada kata secantik bahasa, untuk ku puji adinda... Tiada gambar secantik lukisan, nak ku tunjuk perasaan.


Itu adalah sebahagian lirik lagi 'Tiada Kata Secantik Bahasa' yang dipopularkan oleh penyanyi lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris malam tadi melibatkan Arsenal menentang Burnley begitu sukar untuk dijelaskan bagaimana perasaan gembira setelah The Gunners mencatatkan kemenangan 3-1 dilaman sendiri.

Kemenangan tersebut selepas mengalami kekalahan ditangan Spurs minggu lalu pasti menceriakan hari kita semua hari ini.

Dan lebih menakjubkan, persembahan bertenaga pasukan terutama barisan pertahanan yang kelihatan 'solid' mengekang asakan lawan walaupun dibolosi satu gol.

Namun begitu, prestasi Sead Kolasinac malam tadi benar-benar mengejutkan dengan kecemerlangan yang ditunjukkan beliau setelah menghasilkan bantuan gol pertama kepada Aubameyang.


1 : 0Pierre-Emerick Aubameyang 14. / right-footed shot  (Sead KolaÅ¡inac)
2 : 0Pierre-Emerick Aubameyang 48. / right-footed shot  (Alexandre Lacazette)
2 : 1Ashley Barnes 63. / right-footed shot  (Kevin Long)
3 : 1Alex Iwobi 90. / right-footed shot

Pada perlawanan tersebut, Aubamenyang menjaringkan dua gol menarik termasuklah gol pembukaan yang dihasilkan dalam gerakan yang begitu memukau.


Walaupun Auba menjaringkan dua gol, Kolasinac begitu mantap pada perlawanan malam tadi, namun Ozil mendapat perhatian dan tajuk utama dalam laporan media dan juga di media sosial.

Setelah diketepikan dalam beberapa perlawanan sehingga mencetus pelbagaik rumors yang tidak enak untuk didengar, gerakan gol pertama Arsenal malam tadi mendapat perhatian begitu meluas.

Dan vision yang dimiliki Ozil sememangnya tidak dapat dinafikan malahan ianya bukanlah kali pertama dilakukan pemain perancang The Gunners ini.



Ya, penulis gembira dengan persembahan pasukan malam tadi dan juga prestasi Ozil setelah terlalu banyak cerita negatif terhadap beliau dan juga Arsenal.

Semoga terus kekal cemerlang hingga ke akhir musim. Saksikan highlights ðŸŽ¥  perlawanan dibawah.

#COYG #WeAreTheArsenal #InEmeryWeTrust


Arsenal vs Burnley Highlights
Disclaimer: This content is provided and hosted by matchat.online

Post a Comment

Previous Post Next Post