Arsenal dan Chelsea kedua-duanya ditawarkan pemain tengah dan sayap Barcelona, Denis Suárez.


Pemain berusia 24 tahun itu telah diberitahu untuk mencari kelab lain menjelang jendela perpindahan yang akan dibuka tidak lama lagi.

Kedua-dua kelab Inggeris, Arsenal dan Chelsea dilaporkan telah ditawarkan peluang untuk menandatangani Denis Suarez dari Barcelona.

Suarez sebelum ini pernah menghabiskan semusim bermain di bawah Unai Emery di Sevilla setelah dipinjamkan kepada kelab tersebut pada tahun 2014, kini bergelut untuk mendapat kepercayaan dan peluang buat dirinya di Barcelona.

Awal bulan lalu (November), Suarez dilaporkan telah diberi 'lampu hijau' untuk meninggalkan kelab tersebut setelah sukar mendapat peluang di bawah Ernesto Valverde.


Kemudian penghujung bulan itu juga, The Gunners dikatakan berminat terhadap pemain itu dan Suarez juga dikatakan berminat untuk menyertai skuad Unai Emery.


Dan awal bulan ini (Disember 2018), kami mengulas mengenai nilai perpindahan pemain tersebut setelah laporan daripada wartawan Sepanyol mendedahkan bahawa Suarez bakal menghabiskan Krismas terakhir di Barcelona musim ini.


Namun dalam perkembangan terkini pemain Barcelona ini, Independent mendakwa bahawa kelab Catalan itu sanggup melepaskan pemain tengah itu hanya pada nilai £14 juta sahaja pada Januari nanti.

With Barca communicating privately to the player's entourage this week that they are happy for him to leave, his representatives have wasted no time in trying to find a new club and have offered him to leading Premier League sides in a cut-price £14m deal.
-- Independent.

The Gunners mungkin tergoda dengan tawaran murah itu memandangkan Emery juga perlu mencari pengganti kepada Aaron Ramsey, yang bakal dilepaskan pada penghujung musim ini secara percuma.

Leading Spanish outlets have reported that Arsenal and Chelsea have made enquiries about Suarez but The Independent understands he was offered to a number of clubs as Barcelona look to get a decent fee for the diminutive playmaker.
-- Independent.

Walau bagaimanapun, Chelsea juga mengalami masalah kekurangan pemain pada bahagian tengah mereka dengan Cesc Fàbregas dan Danny Drinkwater juga mungkin meninggalkan Stamford Bridge pada akhir musim ini.

Pengendali baharu Chelsea, Maurizio Sarri merupakan peminat Suarez sebelum ini apabila cuba untuk menandatangani pemain Sepanyol itu ketika mengendalikan Napoli.

Menjelang jendela perpindahan Januari ini yang bakal dibuka kira-kira dua minggu lagi, Suarez turut ditawarkan kepada kelab-kelab lain selain Arsenal dan Chelsea.

Namun, kedua-dua kelab ini menjadi perhatian kerana hubungan yang pernah ada diantara mereka dahulu dan ini juga menyebabkan media kuat memperkatakan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris merupakan sesuatu yang bakal terjadi kepada Suarez.

Post a Comment

Previous Post Next Post