Liverpool lepaskan peluang menandatangani Virgil van Dijk dengan nilai hanya £12 juta namun Arsenal yang menjadi perhatian.

Huh! Mesti ada yang akan berkata "Ada je pemain dikaitkan dengan Arsenal yang melepaskan peluang". 



Pemain-pemain seperti Zlatan Ibrahimović, Kylian Mbappé, dan Cristiano Ronaldo merupakan antara pemain terkenal yang dikatakan Arsenal telah melepaskan peluang untuk menandatangani mereka walaupun mempunyai peluang berbuat demikian.

Pemain-pemain tersebut sememangnya terkenal dengan kebolehan dan bakat yang ada pada mereka serta sudah tentu juga nilai ataupun harga pasaran pemain itu cukup mahal.

Boleh dikatakan mereka itu dikenali dengan bakat yang ada menyebabkan dikenali diseluruh pelusuk dunia sebelum cerita mengenai mereka dan Arsenal dikaitkan.

Kini, seorang lagi pemain 'ternama' turut dikaitkan dengan Arsenal dimana kelab Utara London telah melepaskan peluang untuk menandatangani pemain tersebut dengan nilai yang jauh lebih daripada pasaran semasa.



Virgil van Dijk, sebelum ini kurang mendapat perhatian namun tindakan Liverpool yang membayar  £75 juta untuk mendapatkan beliau daripada Southampton menyebabkan pemain tersebut menjadi terkenal.

Dan 'ke-famous-san' pemain itu turut dikaitkan dengan cerita dimana Arsenal telah melepaskan peluang untuk menandatangani pertahanan Liverpool itu dengan nilai begitu rendah, sebanyak £12 juta sahaja, menurut laporan Metro.
Dalam laporan tersebut, tindakan Arsenal menolak peluang itu kerana merasakan pemain pertahanan Celtic (ketika itu) tidak begitu sesuai untuk aksi Liga Perdana Inggeris.

Menggunakan tajuk laporan "Arsenal were given the opportunity to sign Virgil van Dijk for just £12million but turned him down over fears he was ‘too nonchalant’ for the Premier League.", Metro menjelaskan dimana bukan sahaja Arsenal malahan beberapa kelab lain turut melepaskan peluang tersebut sehinggalah Southampton berani berbuat demikian.




Pada 1 September 2015, Southampton yang merupakan feeder club Liverpool menandatangani pemain tersebut dengan nilai  £13 juta sebelum dilepaskan kepada Liverpool tiga musim kemudian.

Menurut Metro, bekas penolong pengurus Celtic, John Collins mendedahkan dimana Arsenal merupakan salah satu kelab yang melepaskan peluang itu apabila Ketua Pemantau (Chief Scout) The Gunners, Steve Rowley tidak berminat terhadap pemain tersebut.

Arsenal chief scout Steve Rowley

Arsenal’s chief scout [Steve Rowley] thought he was too nonchalant,’ John Collins told beIN Sport. ‘Maybe that was part of his game but he ticks so many of the other boxes.

Namun bukan sahaja Arsenal, malahan Liverpool sendiri tidak berminat untuk mendapatkan van Dijk.

Brendan Rodgers ketika mengemudi Liverpool juga tidak terpikat dengan Virgil van Dijk
‘Gary McAllister was the assistant to Brendan Rodgers at Liverpool and I told him I hope you’re going to come and take Virgil but Brendan didn’t fancy him and didn’t think he was better than what he already had. 

Berbalik  kepada tajuk laporan media, mengapa Arsenal yang menjadi perhatian pada tajuk laporan? Mengapa tidak meng-highlight-kan Liverpool?

John Collins bekas penolong pengurus Celtic.
Kenapa tidak menggunakan 'Liverpool melepaskan peluang menandatangani Virgil van Dijk dengan nilai hanya £12 juta.'?

Mengapa mesti Arsenal?

Post a Comment

Previous Post Next Post