Aaron Ramsey akan tandatangani pra-kontrak dengan kelab baru pada bulan Januari

Aaron Ramsey berada di tahun akhir perjanjian beliau bersama The Gunners.



Pemain tengah kebangsaan Wales ini telah berada di Arsenal selama satu dekad namun situasi terkini kelihatan seperti beliau akan meninggalkan kelab Utara London kerana pihak pengurusan baharu percaya bahawa pemain tersebut mungkin lebih diperlukan dikelab lain.

Aaron Ramsey sebelum ini dilaporkan telah berunding dengan Arsenal untuk mendapatkan perjanjian baru tetapi dipercayai bahawa pemain tersebut menuntut nilai yang sama dengan apa yang diterima oleh Mesut Ozil iaitu sebanyak £ 350,000 seminggu, menyebabkan pihak pengurusan kelab telah menolak permintaan tersebut dan mengakhiri rundingan pembaharuan itu.

Pun begitu, turut dilaporkan juga bahawa selepas itu pihak pengurusan kemudiannya menawarkan apa yang boleh diberikan (mampu) terhadap pemain tersebut, tetapi entah dimana silapnya saat segalanya bakal selesai dengan Ramsey sedia untuk menandatangani kontrak itu, pihak pengurusan sekali lagi memutuskan untuk menarik balik tawaran yang dibuat mereka kepada pemain tersebut.
Dan pengendali Arsenal, Emery juga pernah menjelaskan situasi Ramsey bersama skuad The Gunners bahawa segalanya telah diputuskan sebagaimana sebelum ini.

BACA : Situasi dan masa depan Ramsey selesai.

Selepas itu, pemain tersebut terus menjadi topik perpindahan setelah dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Juventus, Paris Saint Germain, Inter Milan dan Manchester United, serta ejen yang mewakili Ramsey juga dilaporkan telah bertemu wakil semua kelab tersebut untuk melihat mana yang terbaik untuk kliennya.

Sebelum ini juga, kami telah melaporkan bahawa Ramsey tidak mungkin akan menyertai Inter pada jendela perpindahan musim sejuk (Januari).


Namun dalam perkembangan terkini, Metro mendakwa bahawa Aaron Ramsey bersedia menandatangani perjanjian pra-kontrak bersama Juventus yang telah bersetuju untuk memberikan kontrak bernilai £ 9 juta setahun.

Segalanya begitu pasti bahawa Aaron Ramsey akan meninggalkan Arsenal pada akhir musim ini dan sama ada beliau akan menyertai Juventus masih belum dapat dipastikan lagi.

Cuma yang pasti, kelab yang berminat dan serius untuk mendapatkan beliau sudah tentu akan memperolehi beliau secara percuma asalkan berjaya memenuhi permintaan beliau kerana Ramsey akan dilepaskan oleh The Gunners yang enggan menawarkan kepada beliau perjanjian baru.

Post a Comment

Previous Post Next Post