Owen bandingkan pemain muda Arsenal dengan Cristiano Ronaldo.

Michael Owen telah membandingkan pemain muda Arsenal, Bukayo Saka dengan Cristiano Ronaldo kerana terkejut dan terpukau dengan aksi yang dipamerkan pemain tersebut.



Saka membuat penampilan sulung bersama skuad utama Arsenal pada saingan Liga Europa awal pagi Jumaat ketika mencatatkan kemanangan 1-0 ke atas Qarabag, yang seterusnya melebarkan rekod tanpa kalah The Gunners menjadi 22 perlawanan.

Pemain berusia 17 tahun itu telah memberi kesan yang cukup besar dalam penampilan pertama beliau itu dengan Unai Emery memujinya 'prestasi yang baik' dan 'personaliti yang sangat besar'.

Emery menambah bahawa kekuatan pemain sayapnya itu adalah kerana keberanian dan semangat pemain tersebut untuk terus mencuba serta berani bermain satu lawan satu untuk memecah garisan dengan kualiti yang dimilikinya.

Dan sememangnya Saka berjaya melakukan perkara tersebut apabila pemain remaja England  itu merekodkan tiga percubaan tepat  dan melengkapkan lapan gelecekan dalam 90 minit.
Persembahan memukau yang dipamerkan oleh Saka sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, namun Owen yang begitu teruja telah meng'up'kan lagi kehebatan pemain muda The Gunners dengan membandingkan Saka bersama Ronaldo.

"Dia kelihatan sangat gugup pada permulaan permainan, saya sendiri dan Martin (Keown) bercakap tentang itu," kata Owen kepada BT Sport.

"Tetapi dia pasti menyesuaikan diri dalam permainan. Hanya dia yang mempunyai keberanian untuk berlari melepasi pemain benar-benar menyegarkan (seronok) untuk dilihat.

"Beberapa skill yang dipamerkan... Saya pernah menyaksikan Ronaldo melakukannya bersama Juventus.

"Dia berada dalam kelas berbeza dan pada akhir permainan, keyakinannya begitu menakjubkan."

Post a Comment

Previous Post Next Post