Pengendali baharu The Saints gesa agar pemainnya lebih 'berani' di laman sendiri bagi menamatkan kemarau di St. Mary

Pengurus baru Southampton, Ralph Hasenhuttl menggesa para pemainnya untuk tampil lebih berani bagi menamatkan kemarau kemenangan mereka di St Mary.



Ralph Hasenhuttl merupakan pengurus pasukan pertama kelahiran Austria yang membimbing pasukan Liga Perdana Inggeris dilantik menggantikan Mark Hughes yang dipecat pada 5 Disember lalu.

Kini beliau bertanggungjawab terhadap perlawanan pertamanya dilaman sendiri semenjak mengambil alih pasukan tersebut dan bakal menerima kunjugan Arsenal malam esok, jam 9.30 malam waktu Malaysia.

Peminat-peminat The Saints telah lama 'kebuluran' kejayaan dalam tempoh 12 bulan yang lalu apabila menyaksikan hanya satu kemenangan Liga Perdana di laman sendiri, manakala bagi musim ini mereka masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan.

Rekod Southampton dalam saingan Liga Perdana dilaman sendiri setakat ini musim 2018/19.
PREMIER LEAGUE 12 Aug 2018 Southampton 0 - 0 Burnley Seri
PREMIER LEAGUE 25 Aug 2018 Southampton 1 - 2 Leicester Kalah
PREMIER LEAGUE 17 Sep 2018 Southampton 2 - 2 Brighton Seri
PREMIER LEAGUE 07 Oct 2018 Southampton 0 - 3 Chelsea Kalah
PREMIER LEAGUE Sa 27Oct 2018 Southampton 0 - 0 Newcastle Seri
PREMIER LEAGUE Sa 10Nov 2018 Southampton 1 - 1 Watford Seri
PREMIER LEAGUE Sa 01Dec 2018 Southampton 2 - 2 Man Utd Seri



Pengendali baharu mereka, Hasenhuttl bakal mengendalikan perlawanan pertama dilaman sendiri dan kedua bagi musim ini, berharap agar pemain-pemain mereka mampu memberikan aksi cemerlang dan bertenanga setelah tewas dalam perlawanan pertama dibawah kendalian beliau sebelum ini (tewas kepada Cardiff 1-0 dilaman lawan).

"Saya fikir ia tidak begitu sukar untuk mendapatkan suasana yang baik di St Mary. Ia memerlukan satu peluang terhadap pasukan dan mereka segera berada di belakang kami dan membantu kami, " kata Hasenhuttl.

"Itulah yang kami cuba lakukan dari minit pertama, dan ia benar-benar memerlukan keberanian dan juga memiliki penguasaan bola yang bagus, keputusan yang baik dan larian ke dalam, peralihan yang baik selepas memenangi bola, peralihan yang tidak hanya di belakang tetapi juga di depan.

"Bagi kami, penting untuk menjadi pasukan yang tidak mudah untuk ditentang.

"Ia benar bahawa jadual yang kita hadapi kini bukanlah yang paling mudah tetapi ia adalah peluang yang baik kerana tidak ada yang mengharapkan kami mengalahkan Arsenal.

"Tetapi saya nampak peluang untuk membuat kejutan kepada semua orang. "

Southampton kini menduduki tangga ke-19 carta Liga Perdana dengan mengumpul sembilan mata dengan sekali kemenangan yang dicatatkan mereka apabila menewaskan Crystal Palace pada 1 September lalu dilaman lawan.

Kedudukan Top 3 Tercorot Liga 
# Pasukan P M S K J B +/- Mata
18 Huddersfield Town 16 2 4 10 10 27 −17 10
19 Southampton 16 1 6 9 13 30 −17 9
20 Fulham 16 2 3 11 16 40 −24 9



Hasenhuttl, bekas jurulatih Red Bull Leipzig dengan segera cuba untuk membetulkan kemerosotan yang berpanjangan skuad tersebut dengan merehatkan pemain-pemain beliau pada hari Isnin dalam usaha mengenalpasti permasalahan sebenar mereka.

Pengendali berusia 51 tahun itu percaya pemainnya telah bertindak balas dengan baik mengikut kehendak beliau.

"Bagi saya, ia merupakan satu minggu yang baik sehingga sekarang dan kami melihat setiap pemain mempunyai azam untuk bekerja keras, mengikut kami dan mereka sangat berminat dalam semua perkara ini," katanya.

"Banyak perkara baru yang mereka tidak pernah dengar dan gaya bertahan yang berbeza, dan ia tidak akan berjaya dalam satu hari. Ia adalah satu proses yang kita sedang usahakan sekarang.

"Kami memaksa mereka bekerja menggunakan fikiran mereka dan cuba menerapkan ilmu baru ini dengan cara terbaik dan tabiat yang baik."



Jentera serangan The Saints dilihat menjadi isu utama bagi pengendali tersebut setelah mereka hanya berjaya menjaringkan 13 gol dalam 16 perlawanan liga selain kebocoran gawang yang hampir tiga kali ganda daripada jaringan dihasilkan mereka.

Bagaimanapun Hasenhuttl bernasib baik kali ini apabila menerima berita gembira menjelang pertembungan dengan skuad Unai Emery yang masih tidak terkalah dalam 22 perlawanan bagi kesemua pertandingan, dengan kembali  penyerang mereka, Danny Ings dan Shane Long.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tidak bolos merupakan keutamaannya pada perlawanan menentang The Gunners nanti.

"Perkara pertama, adalah penting untuk mengekalkan gawang daripada dibolosi di pihak kita," katanya.

"Dan selepas itu, kami sentiasa mempunyai kualiti untuk bermain baik di depan dan mungkin untuk menjaringkan gol, tetapi pertamanya adalah menjaga tempoh permainan dalam corak terbuka yang semuanya dapat dilakukan. Itulah matlamat utama pada asasnya. "

Pertahanan The Saints, Ryan Bertrand dan Jack Stephens dilaporkan tidak cukup cergas untuk perlawanan menentang Arsenal namun mereka mendapat suntikan pada bahagian serangan selepas kembalinya Ings dan Long serta pertahanan kanan mereka, Cedric Soares.

Post a Comment

Previous Post Next Post