Ozil sayangkan Arsenal dan mahu kekal selama yang boleh.

We've got Ozil... Mesut Ozil... I just don't think you understand... He's Arsene Wenger's man, He's better than Zidane, We've got Mesut Ozil... 🎶



Lagu ataupun 'chant' yang dinyanyikan oleh penyokong dan peminat Arsenal ini dipercayai dibuat pada tahun 2016 ketika The Gunners bertemu Stoke City.

Sekumpulan penyokong dilihat telah menyanyikan lagu khas yang ditujukan kepada Ozil dengan lirik sebagaimana dinyatakan diatas, sebagai penghargaan dan tanda sokongan terhadapan pemain itu.


Malahan Ozil sendiri teruja dan menghargai usaha penyokong yang menghasilkan serta mendedikasi lagu tersebut kepada beliau apabila memuat naik status penghargaan selain menggalakkan mereka (penyokong) terus menyanyikan lagu tersebut melalui laman sosial Twitter beliau.


Sebelum chant tersebut menjadi terkenal dan dinyanyikan secara meluas, Ozil terlebih dahulu menerima satu lagu disaat beliau diumumkan selaku pemain The Gunners oleh peminat dan penyokong Arsenal.



Kini selepas hampir dua tahun lagu yang dinyanyikan oleh peminat dan penyokong The Gunners terhadap Ozil, ternyata ianya masih sukar untuk difahami oleh sesetengah 'mereka', bersesuaian dengan rangkap lagu tersebut "I just don't think you understand".

Ketika perlawanan menentang Burnley, mempamerkan skill dan vision yang cukup sinonim dengan beliau apabila gerakan gol pertama Arsenal mencetuskan perbualan dikalangan peminat dan pemerhati bolasepak.

Sebelum ini beliau sering menjadi topik 'negatif' setelah digugurkan ataupun tidak disenarai oleh Emery dalam beberapa perlawanan.

Namun dalam laporan terkini, Mesut Ozil dikatakan tidak mempunyai hasrat untuk meninggalkan London dan Emirates serta mahu kekal bersama The Gunners untuk tempoh yang lama.

Setidak-tidaknya menghabiskan kontrak semasa beliau yang hanya akan tamat pada Jun 2021.

Mengikut laporan Bild, mereka mengatakan bahawa Inter sangat berminat untuk mendapatkan Ozil dan maklumat mereka itu sendiri menyokong perkara tersebut, dengan melaporkan bahawa Inter Milan sangat berminat namun perancang berbisa The Gunners itu tidak berminat dengan langkah tersebut (perpindahan).


Inter dikatakan telah bertanya mengenai prospek perpindahan pada musim panas 2017 dan Ozil jelas tidak berminat dengan perkara tersebut.
Menurut Bild lagi, Ozil berhajat untuk terus tinggal bersama Arsenal bagi tempoh selama yang mungkin, sekurang-kurangnya hingga 2020.

Beliau dilaporkan menyukai kehidupan di London dan hanya memikirkan untuk meninggalkan Emirates seandainya khidmat beliau tidak lagi diperlukan.

Sementara itu, beliau akan berusaha keras untuk memastikan tempat beliau dalam kesebelasan utama The Gunners terus terjamin.

Dan sekiranya perkara tersebut sukar dicapai (untuk kekal bersama Arsenal dan khidmat tidak lagi diperlukan), beliau membayangkan akan berpindah ke MLS ataupun China selepas tahun 2020, ketika berada di tahun terakhir kontrak bersama kelab Utara London itu.

Bild turut menambah dimana Ozil ketika ini mempunyai hubungan dengan kelab Miami yang mana David Beckham merupakan President kelab tersebut (Inter Miami).
Ozil menonton perlawanan Arsenal menentang Spurs bersama Beckham, Kolasinac dan TMJ.
Bagaimanapun, Ozil tetap mengutamakan Arsenal dan mahu menikmati kehidupan di London serta beraksi untuk The Gunners selama mungkin.

Pun begitu, beliau membayangkan untuk mengakhiri karier beliau selaku pemain bolasepak di MLS.

Post a Comment

Previous Post Next Post