Perkembangan perpindahan Arsenal termasuk Lucas Torreira dan pemain sasaran menjelang jendela perpindahan Januari.

Media Inggeris, Express dalam laporan terkini mereka menceritakan mengenai kisah-kisah perpindahan mengaitkan Arsenal dan beberapa pemain.



Paling mengejutkan dalam laporan mereka apabila mengatakan bahawa pemain yang baru beraksi tidak sampi setengah musim bersama The Gunners, Lucas Torreira menjadi sasaran Real Madrid pada Januari ini.

Persembahan mantap Torreira bersama Arsenal mencetuskan tarikan apabila kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona dikatakan berminat untuk menandatangani pemain ini.

Malahan kelab Inggeris, Manchester City juga dikatakan turut berminat mendapatkan Torreira sebagaimana laporan ringkas media tersebut.

Laporan tersebut berdasarkan sumber Ladbrokes yang merupakan syarikat ataupun laman perjudian atas talian.

Lucas Torreira to Real Madrid

Real Madrid have been installed as surprise favourites to sign Arsenal midfielder Lucas Torreira.

The Uruguayan has been in sensational form since joining for £26million from Sampdoria.

But according to Ladbrokes, his exploits have attracted plenty of interest from ‘European heavyweights’ including Barcelona, Real Madrid and Manchester City.

"He may have only just touched down in North London but Torreira is turning heads and plenty of European heavyweights are queuing up for his signature with Madrid leading the way,” said Alex Apati of Ladbrokes.

-- Express

PEMAIN SASARAN

1. Adrien Rabiot
Dalam perkembangan pemain yang dikatakan menjadi sasaran Emery pada jendela perpindahan Januari ini, Adrien Rabiot dilaporkan telah bersetuju dengan Barcelona.

Menurut media Perancis, Le Parisien mendakwa pemain tengah itu akan meninggalkan Paris St-Germain dan bersetuju menyertai Barcelona selepas menolak beberapa tawaran pembaharuan kontrak daripada PSG.

Gergasi Perancis sebelum ini berusaha untuk mengekalkan pemain berusia 23 tahun berbakat besar itu untuk kekal bersama mereka, namun kontrak sedia ada pemain tersebut bakal berakhir pada Jun 2019 gagal diperbaharui.

Dan laporan tersebut mengatakan bahawa Rabiot telah memutuskan masa depan beliau dengan dikatakan sudah bersetuju dengan syarat kontraknya bersama Barcelona.

2. Nicolas Pepe
Arsenal mengetuai perlumbaan untuk menandatangani pemain sayap Lille, Nicolas Pepe.

Akhbar Perancis, L'Equipe mengatakan bahawa pihak Lille terbuka untuk berunding dengan mana-mana pasukan yang berminat terhadap bintang mereka asalkan nilai tawaran bernilai £45 juta dikemukakan.

Namun ianya masih samar mengenai kesediaan pihak Ligue 1 itu sanggup menjual Pepe pada jendela perpindahan Januari nanti.

Bagaimanapun, Unai Emery berminat untuk meningkatkan kekuatan pada jentera serangan The Gunners selepas khidmat Danny Welbeck terpaksa dilupakan bagi musim ini ekoran kecederaan yang dialami penyerang England itu.

PEMAIN MENJADI SASARAN KELAB LAIN

Selain Torreira yang menjadi perhatian kelab-kelab lain, penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez juga dikatakan menjadi sasaran beberapa kelab lain menjelang jendela perpindahan Januari ini.

Kelab Perancis, Rennes dikatakan dalam proses membuat tawaran pada Januari ini untuk mendapatkan Martinez.

Rennes kini berada di tempat ke-11 saingan Ligue 1, sedang meneroka pasaran perpindahan dalam usaha mereka untuk mencari pengganti Tomas Koubek.

Koubek dijangka meninggalkan kelab itu dan Martinez, 26 tahun dikatakan berada dalam senarai paling atas bagi calon-calon berpontensi yang disenarai pendek oleh Rennes.

Martinez ketika ini menjadi pilihan ketiga Emery, yang lebih mengutamakan Bernd Leno dan Petr Cech bagi mengawal pintu gol the Gunners.

Post a Comment

Previous Post Next Post