Pengendali Arsenal, Unai Emery telah memberi kemaskini mengenai status pemain yang mengalami kecederaan menjelang pertemuan menentang Brighton & Albion, 27 Disember ini.
Arsenal bangkit untuk memenangi perlawanan pada hujung minggu lalu dan kini mereka akan memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya menentang Brighton & Hove Albion.
The Gunners pada bulan ini kehilangan ramai pemain pertahanan ekoran kecederaan bahkan ketika bertemu Burnley, Nacho Monreal tidak mampu menamatkan 90 minit permainan dan digantikan dengan Stephan Lichtsteiner.
Shkodran Mustafi turut terlepas tiga perlawanan dalam beberapa minggu lalu kerana kecederaan yang dimilikinya ketika perlawanan menentang Huddersfield Town.
Arsenal terpaksa merehatkan pertahanan Jerman itu dan berharap beliau mampu kembali dengan segera (sembuh dan cergas) kerana The Gunners bakal mempunyai jadual yang sibuk.
Laurent Koscielny baru-baru ini kembali dari kecederaan jangka panjang dan beliau telah mengambil bahagian dalam dua perlawanan yang hebat, penuh segit dan tegang yang semuanya berakhir dengan kekalahan.
Bos Arsenal, Unai Emery berkata bahawa Laurent Koscielny tidak sepatutnya bermain dalam perlawanan tersebut dan beliau telah digunakan melebihi kemampuan pemain tersebut yang sebelum ini telah menghabiskan masa selama enam bulan tanpa bermain.
Nacho Monreal juga telah direhatkan untuk jangka masa panjang namun pemain itu masih tidak cergas sepenuhnya dan tidak menamatkan perlawanan menentang Burnley tempoh hari, tetapi Unai Emery mengesahkan bahawa keadaan Monreal tidak begitu serius dan juga mengatakan bahawa Koscielny dan Mustafi akan kembali tidak lama lagi.
"Ia bermula dengan masalah otot dan kami memutuskan untuk menukar (sub off Monreal) dan tidak mahu mengambil risiko dengannya." Unai Emery memberitahu Arsenal Player.
"Tetapi saya harap ia tidak serius dan saya berharap dia boleh bersama kami minggu depan. Saya tidak tahu jika dia boleh bermain di Brighton, tetapi kita boleh bermain, saya fikir, Koscielny.
"Mustafi juga hampir untuk kembali bersama kami. Kami boleh mengambil lebih banyak kecederaan tetapi kami juga boleh mendapatkan (sembuh) lebih banyak pemain. "
Bagaimanapun disebalik berita gembira mengenai status kecederaan pemain The Gunners itu, Unai Emery bakal kehilangan khidmat pemain seperti Henrikh Mkhitaryan, Hector Bellerin, Emile Smith Rowe, Dinos Mavropanos dan Rob Holding serta Danny Welbeck.
Senarai lengkap status kecederaan pemain Arsenal setakat ini menurut sumber Arsenal:
Bagaimanapun disebalik berita gembira mengenai status kecederaan pemain The Gunners itu, Unai Emery bakal kehilangan khidmat pemain seperti Henrikh Mkhitaryan, Hector Bellerin, Emile Smith Rowe, Dinos Mavropanos dan Rob Holding serta Danny Welbeck.
Senarai lengkap status kecederaan pemain Arsenal setakat ini menurut sumber Arsenal:
- Henrikh Mkhitaryan
![]() |
Metatarsal |
- Nacho Monreal
- Shkodran Mustafi
- Hector Bellerin
- Emile Smith Rowe
- Dinos Mavropanos
- Rob Holding
- Danny Welbeck