Situasi masa depan dan kontrak Ramsey 'selesai' menurut bos Arsenal, Unai Emery

Bos baru The Gunners, Unai Emery gembira dengan fokus dan komitmen yang ditunjukkan Aaron Ramsey terhadap Arsenal namun harapan pemain tengah itu untuk kekal dan menandatangani kontrak baru tidak mungkin terjadi.



Unai Emery menjelaskan bahawa rundingan pembaharuan kontrak diantara Arsenal bersama Aaron Ramsey kekal dengan keputusan sebelum ini (berakhir dengan pemain tersebut bakal dilepaskan) walaupun terkesan dengan prestasi dan fokus pemain tengah itu.

BACA : Statistik menarik Aaron Ramsey musim ini dibawah kendalian Unai Emery.

Pemain kebangsaan Wales, Ramsey mendakwa bahawa beliau sedia untuk menandatangani perjanjian baru namun pihak pengurusan The Gunners secara tiba-tiba menarik balik tawaran yang dibuat mereka pada awal tahun ini.

Dah kenapa pulak ko (pihak pengurusan Arsenal) tarik balik tawaran...???
Pemain berusia 27 tahun itu bakal menjadi ejen bebas pada akhir musim ini dengan Bayern Munich dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau dan mereka yang boleh menandatangani perjanjian pra-kontrak seawal Januari nanti.

BACA: Media Jerman kongsi maklumat mereka mengenai Aaron Ramsey dan Bayern Munich.

Ramsey bangkit dari bangku simpanan pada separuh masa kedua ketika menentang Tottenham pada perlawanan liga hari Ahad dan berjaya membantu The Gunners bangkit dari ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 4-2.


Prestasi cemerlang yang ditunjukkan beliau itu membuatkan banyak gesaan daripada pelbagai pihak timbul supaya rundingan pembaharuan kontrak bersama Arsenal dibuka semula.

"Dua bulan lalu kami bercakap bersama, baik untuk masa kini mahupun berkenaan masa depannya, saya fikir ia adalah perbualan yang sangat baik," kata Emery.

"Saya berkata kepada anda juga di dalam sidang akhbar bahawa saya mahu tumpuan beliau hanya kepada pasukan, untuk memberi kita persembahannya.

"Masa kini adalah apa yang saya mahukan dan masa depannya sangat penting buat diri dan keluarganya.

"Saya fikir dalam perlawanan terakhir fokusnya (ada). Kami bercakap di antara kami (jurulatih) dan saya sentiasa memerhatikan dia dalam setiap perlawanan.

"Fokusnya adalah positif bagi kami, ia membantu kami. Dia perlu berfikir tentang masa depannya, untuk keluarganya dan untuk dirinya.

"Jika dia bermain seperti (derby utara London), ia adalah yang terbaik untuknya dan yang terbaik untuk kita. "

Gol 'menganjing' tahap tertinggi menentang Spurs daripada Ramsey.
Walaupun Emery gembira dengan sumbangan terbaru Ramsey namun pengendali yang pernah membimbing Sevilla menjuarai Liga Europa sebanyak tiga kali menjelaskan bahawa tiada perubahan terhadap rundingan pembaharuan kontrak diantara pemain tersebut bersama kelab.

"Perbualan ini bukan untuk hari ini, untuk kami atau untuk saya," katanya.

"Ini satu keadaan yang diputuskan (ditutup) satu atau dua bulan lalu.

"Pada masa ini, perkara paling penting ialah dia tersenyum, dia mempunyai komitmen, tingkah laku dan persembahan seperti semalam, itu yang terbaik untuknya dan untuk kita."

Post a Comment

Previous Post Next Post