Arsenal dan Man City bakal membuat tawaran kepada Bahia untuk Ramires.

Arsenal dan Man City dilaporkan dalam pertimbangan untuk membuat tawaran terhadap pemain tengah Bahia, Ramires dalam beberapa minggu lagi menjelang jendela perpindahan dibuka.



Awal bulan November, kami telah membincangkan beberapa cerita menarik dari Brazil yang mengatakan bahawa Arsenal begitu berminat dengan pemain tengah Bahia, Ramires.

BACA DISINI (KLIK) untuk mengikuti beberapa siri laporan mengenai minat Arsenal terhadap Ramires.

Malahan ejen pemain itu turut mengesahkan misi pencari (scout) dari The Gunners pada masa itu, namun berkata tiada tawaran dibuat terhadap pemain tersebut setakat ini.

BACA: Sumber kedua sahkan minat Arsenal dalam menandatangani Ramires, kisah diperhangatkan lagi.

Kisah itu kemudian menjadi sejuk untuk seketika, dan hari ini laman web UOL membawa beberapa kemaskini mengenai situasi Ramires di kelab.

Fokus artikel mereka adalah pada dua kelab Brazil iaitu Palmeiras dan Flamengo yang mana keduanya mendekati Bahia dengan harapan akan mencapai kesepakatan dalam perpindahan, terutama kerana harga pemain tersebut bakal meningkat dengan ketara tidak lama lagi.

Palmeiras and Fla prospect, but Bahia wants $ 40m and prioritizes Europe.

Bahia dikatakan menuntut bayaran sebanyak 40 juta Brazil Real ataupun kira-lira € 9 juta  (8.04 juta pound sterling) untuk Ramires.
Dan Bahia mengetahui bahawa bagi sesebuah kelab dari Brazil, mereka tidak akan mengeluarkan belanja yang besar untuk mendapatkan seorang pemain dan itulah sebabnya Tricolor akan mengutamakan tawaran daripada kelab-kelab Eropah.

Mengenai kelab Eropah yang akan mengawasi pemain tersebut, UOL telah menyenaraikan Arsenal, Manchester City, Inter Milan, Atletico Madrid dan Borussia Dortmund.

Berdasarkan senarai kelab yang dikeluarkan oleh UOL itu, ini merupakan kali pertama kita dapat melihat pasukan Pep Guardiola dikaitkan dengan pemain berusia 18 tahun itu kerana sebelum ini, The Gunners merupakan satu-satunya kelab Inggeris yang begitu kuat dikaitkan yang bakal menandatangani Ramires.

UOL turut mendedahkan dimana pasukan Eropah, termasuk Arsenal dan Manchester City sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran dalam 'minggu akan datang'.

Alasan untuk mereka melaporkan bahawa kesemua kelab tersebut bakal membuat tawaran dalam masa terdekat ini adalah kerana Ramires merupakan sebahagian daripada rancangan Brazil untuk Kejohanan Amerika Selatan U20, yang akan dilangsungkan di Chile pada Januari nanti.

Dan harga pasaran pemain tersebut dijangka melonjak naik dengan mendadak sekiranya Ramires berjaya mempamerkan persembahan menarik di Chile.

Bagaimanapun, Ramires tetap memiliki klausa pelepasan bernilai € 30 juta, walaupun Bahia hanya menuntut bayaran sebanyak € 10 juta buat masa sekarang, jelas nilai tersebut mungkin berubah dan mungkin juga mencecah klausa pelepasan pemain itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post