Arsenal capai kata sepakat bersama ejen dan pemain turut dilaporkan sedia menerima potongan gaji.

LAMAN web Itali, Calciomercato mendakwa Yannick Carrasco merupakan pemain sasaran dan keutamaan AC Milan pada jendela perpindahan ini dan mereka telah berhubung dengan pemain sayap Dalian Yifang selama beberapa hari.

Bagaimanapun, perpindahan ke AC Milan tidak mungkin terjadi kerana Arsenal juga dilaporkan berminat terhadap pemain berusia 25 tahun itu.

Laporan itu mendakwa bahawa dalam beberapa jam terakhir, The Gunners telah mencapai persetujuan bersama agen pemain kebangsaan Belgium itu mengenai potensi perpindahan dan mendapat kelulusan penuh dari kem pemain tersebut.

Setakat ini, penyelesaian untuk melakukan perpindahan ke Emirates kelihatan seperti keutamaan bagi bekas pemain Atletico Madrid itu kerana beliau dilaporkan mahu dilatih oleh pengurus The Gunners, Unai Emery.

Carrasco would like to be coached by Basque technician Unai Emery, the Gunners solution becomes almost a priority for his future. -- Calciomercato.

Sejak menyertai pasukan Liga Super China, penyerang itu memperoleh gaji € 10 juta setahun dan laporan itu menyebut bahawa Carrasco bersedia untuk menerima potongan gaji bagi membolehkan beliau kembali ke Eropah pada jendela perpindahan musim sejuk.

Malah Football Italia turut melaporkan perkara yang sama berkenaan hasrat pemain tersebut untuk menyertai Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal walaupun Carrasco turut menjadi sasaran Manchester United.

Carrasco wants to sign for a Premier League club and has ‘given his approval’ to Arsenal, despite interest from Manchester United. -- Football Italia.

Kontrak semasa beliau bersama Dalian Yifang bakal berakahir pada 2021 dan tidak jelas berapakah nilai perpindahan yang akan dikenakan terhadap Arsenal sekiranya mahu mendapatkan pemain tersebut.

Walau bagaimanapun, nilai pasaran semasa Carrasco adalah sekitar  £18 juta.

Dan menurut wartawan Football LondonCharles Watts beliau tidak terkejut dengan rumors yang mengaitkan pemain tersebut dengan Arsenal kerana ianya pernah dilaporkan sebelum ini.

Menjadi kemusykilan buat beliau untuk Arsenal mengeluarkan belanja bagi mendapatkan pemain itu walaupun Emery dikatakan memerlukan pemain sayap baharu.

Post a Comment

Previous Post Next Post