Pemain sasaran Arsenal dan Man United mempunyai klausa pelepasan € 45 juta.


GABRIEL BRAZAO jadi buruan dua kelab ternama Inggeris dengan Arsenal dan Manchester United dilaporkan berminat.


Laporan media Inggeris mendakwa bahawa Arsenal dan Manchester United sama-sama berminat  untuk mendapatkan penjaga gol Cruzeiro, Gabriel Brazao dan kami meninjau rumors ini jika terdapat sesuatu menarik dilaporkan oleh media Brazil berkenaan hal ini.

Selepas Alisson (Liverpool) dan Ederson (Manchester City), Brazao juga turut dikatakan memiliki potensi untuk menyinar menjadi salah seorang penjaga gol terbaik dunia satu hari nanti.

Namun tidak pula kami menemui sebarang laporan daripada pihak sana (Brazil) mengenai khabar angin yang mengaitkan perpindahan penjaga gol berusia 18 tahun ini.

Bagaikan tiada apa yang dilaporkan dari media tempatan mengenai kisah Brazao yang mendapat perhatian The Gunners dan Red Devils, namun semenjak Teamtalk mendedahkan kisah ini, mereka mula memberi perhatian.

Sebelum ini tiada satu pun laporan yang menceritakan kisah Brazao berdasarkan sumber tempatan, kini mereka (media Brazil) mula berbicara kisah perpindahan pemain muda ini dengan bersumberkan media Inggeris.

Premier League rivals Manchester United and Arsenal are ready to join the bidding for Gabriel Brazao, we can reveal. -- Teamtalk.

Media Brazil, Extra turut terkesan dengan kisah perpindahan ini dan melaporkan berita yang sama dengan memetik sumber daripada The Sun.

Two giants of England are eyeing Gabriel Brazao, goalkeeper from Cruzeiro's base categories and who has even been called up by Tite for the Brazilian team. According to the British newspaper "The Sun" , Manchester United and Arsenal fight to hire the young man of 18 years. -- Extra.

Dan The Sun telah mengolah berita yang dikeluarkan oleh Teamtalk untuk menjadi lebih menarik.

And now United and Arsenal are gearing up to make bids in the range of £3 million to bring the young man to England, according to website Teamtalk. -- The Sun.

Walaupun laporan asal (Teamtalk) mengatakan bahawa United dan Roma menyiapkan bidaan berjumlah £3 juta untuk mendapatkan Brazao, namun Extra mengingatkan bahawa pemain tersebut telah menandatangani kontrak baru bersama Cruzeiro, dengan klausa pelepasan bernilai lebih daripada € 40 juta.

Jelas terdapat perbezaan diantara laporan tersebut dengan The Sun mengatakan Arsenal dan United sedia melakukan bidaan, namun Teamtalk pula melaporkan United dan Roma.

Bulan lalu, laman web Superesportes juga mendakwa bahawa klausa pelepasan untuk pemain berusia 18 tahun itu adalah sebanyak ataupun bernilai € 45 juta.

Dengan Gabriel Brazao kini dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Brazil pada usia yang masih muda, jelas sekali bahawa Cruzeiro tidak akan membiarkan 'permata' mereka itu dilepaskan pada harga begitu rendah.

Arsenal pula dilaporkan sedang mencari pemain 'back-up' kepada Bernd Leno dan persediaan kepada pengganti Petr Cech yang bakal menamatkan kontrak bersama The Gunners hujung musim ini.

Dan Brazao dilihat sebagai salah seorang calon yang sesuai, namun tidak pada harga.

Post a Comment

Previous Post Next Post