Suarez kata 'OK' untuk Arsenal, Presiden Barcelona luluskan beliau berpindah.

DUA hari lalu, Sport melaporkan bahawa usaha pertama Arsenal untuk menandatangani Denis Suarez ditolak oleh Barcelona.


The Gunners sedia untuk mengambil pemain tengah itu secara pinjaman dengan pilihan untuk menandatangani pada nilai €25 juta, sementara Barcelona pula dikatakan sedia untuk menjualnya pada harga €20 juta atau meminjamkan dan memasukkan klausa pembelian wajib pada harga yang sama.

Dan semalam, terdapat kemaskini daripada media yang sama (Sport) mendakwa Suarez telah memberikan OK kepada Arsenal selepas Unai Emery meyakinkannya untuk berpindah ke kelab Utara London.

Dilaporkan juga, bahawa sekiranya pemain berusia 25 tahun itu meninggalkan Camp Nou pada jendela perpindahan musim sejuk, ia hanya akan menjadi Arsenal, yang merupakan destinasi pilihan pemain itu sebagaimana laporan yang dikeluarkan dua hari lalu.

Walaupun terdapat kelab lain yang turut menyatakan minat mereka terhadap pemain Sepanyol itu, Suarez kini hanya mahu pindah ke Emirates, dan jika tidak, beliau akan terus bersama Blaugrana.



Sport menyebut persetujuan daripada pemain adalah kunci utama untuk memulakan rundingan dan kemudian barulah ianya melibatkan persetujuan diantara kedua-dua kelab  bagi memutuskan soal perjanjian (jual beli).

Kontrak Suarez bersama Barca bakal berakhir pada tahun 2020 dan ini juga penting kepada gergasi Sepanyol itu untuk mencari sedikit keuntungan dengan menjual pemain tersebut sebelum memasuki tahun akhir (kontrak) dan kehilangan secara percuma.

Presiden Barcelona,  Josep Maria Bartomeu
Dalam perkembangan terkini, Presiden Barcelona,  Josep Maria Bartomeu dilaporkan turut terlibat secara personal mengenai kisah perpindahan Suarez.

Beliau dikatakan telah berbincang bersama pemain tersebut dan memberi kebenaran kepada Suarez untuk berpindah, sebagaimana dilaporkan Marca.

Post a Comment

Previous Post Next Post