ARSENAL dijangka akan melakukan bidaan untuk mendapatkan pemain sayap berusia 25 tahun dalam beberapa hari akan datang dengan perbincangan telah berlangsung pada hari Selasa.
Selepas mendakwa bahawa Manchester United juga berminat terhadap Yannick Carrasco dari Dalian Yifang, Arsenal merupakan pasukan terbaru yang menyertai perlumbaan untuk mendapatkan pemain tersebut dan laporan mengatakan bahawa ianya kelihatan serius.
Itulah yang diperkatakan oleh Foot Mercato di Perancis, yang mendakwa bahawa perjumpaan telah diadakan pada hari Selasa melibatkan The Gunners, yang dijangka akan melakukan tawaran dalam beberapa hari akan datang.
Walau bagaimanapun seperti yang dilaporkan oleh laman web tersebut, untuk meyakinkan pemain kelahiran Belgium itu untuk berpindah adalah tidak begitu sukar, namun untuk melibatkan kelab beliau ketika ini untuk berunding mungkin sedikit rumit.
Dalian Yifang baru-baru ini dilaporkan telah mengambil Leonardo Jardim menyertai mereka, yang mana bekas pengendali Monaco itu mengenali Carrasco dengan baik.
Dan pihak pengurusan kelab itu dikatakan ingin menyenangkan pengurus barunya dengan sebaik mungkin serta tindakan menjual salah seorang pemain utama mereka bukanlah cara terbaik untuk memulakan hubungan yang produktif.
![]() |
Leonardo Jardim dilaporkan menyertai Dailan Yufang. Sumber NBC |
Carrasco baru berusia 25 tahun dan pemain antarabangsa Belgium itu mempunyai masa depan yang cerah serta masih berpeluang untuk memulakan kembali karier bolasepak beliau di Eropah jika beliau inginkan, seperti menyertai Liga Perdana Inggeris dan jika Dalian Yifang bersetuju, serta jika Arsenal mampu, maka ianya boleh menjadi destinasi seterusnya buat bekas pemain Atlético Madrid ini.
Tahun | Kelab | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol |
---|---|---|---|---|
2010–2015 | Monaco | 124 | 23 | 17 |
2015–2018 | Atlético Madrid | 103 | 20 | 24 |
2018– kini | Dalian Yifang | 26 | 7 | 9 |
Walaubagaimanapun, ianya adalah 'JIKA' segalanya terjadi dan berjalan lancar dalam segala urusan perpindahan.
Ya...hanya semua JIKA
Ya...hanya semua JIKA