Samir Nasri hampir bersara selepas dikenakan hukuman penggantungan 18 bulan.

MENJELANG pertembungan West Ham dan Arsenal malam ini, pemain baharu yang ditandatangani The Hammers,  mendedahkan keinginan beliau untuk bersara lebih awal.



Samir Nasri 31 tahun, pernah bermain untuk Arsenal dari tahun 2008 sehingga 2011, sebelum menyertai Manchester City selama enam musim selepas meninggalkan Emirates.

Walaupun Nasri bersama Citizen selama enam musim, namun aksi beliau pada dua musim terakhir bersama kelab tersebut jarang digunakan sehinggakan beliau dipinjam kepada Sevilla pada musim 2016/2017 (musim terakhir Nasri bersama City).

Rekod kelab diwakili Nasri
Kelab Musim Liga
Marseille 2004/05 -  2007/08 Ligue 1
Arsenal 2008/09 - 2011/12 Premier League
Manchester City 2011/12 - 2016–17 Premier League
Sevilla (loan) 2016/17 La Liga
Antalyaspor 2017/18 Süper Lig
West Ham United 2018/19 Premier League

Semenjak menyertai Sevilla secara pinjaman, karier bolasepak beliau semakin merundum dan hanya bertahan semusim sahaja serta gagal memikat pengurusan kelab Sepanyol itu untuk mengikat beliau secara tetap.

Dan beliau kemudian berkelana ke Turki untuk menyertai Antalyaspor pada Februari 2017 namun menamatkan kontrak secara persetujuan bersama pada 31 Januari 2018.

Detik hitam dalam karier bolasepak beliau bermula pada bulan berikutnya (selepas menamatkan kontrak bersama Antalyaspor) dimana pihak UEFA telah mengenakan hukuman penggantungan selama enam bulan kerana melanggar peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) pada Disember 2016 gara-gara menjalani rawatan intravena di klinik Los Angeles.

Pada 1 Ogos 2018, hukuman penggantungan beraksi/bermain terhadap Nasri dinaikkan sebanyak 12 bulan, menjadikan keseluruhan hukuman selama 18 bulan susulan rayuan daripada pihak pemeriksa etika dan disiplin UEFA.

Serta larangan selama 12 bulan itu dikenakan ataupun berkuasa bermula pada tarikh 1 Julai 2017 (back-dated) dan berakhir pada 31 Disember 2018.

Dengan penggantungan selama 18 bulan itu, Nasri mendedahkan bahawa beliau ketika itu sememangnya berhasrat untuk bersara daripada menjadi pemain bolasepak.

Namun sekarang beliau sedia beraksi dan mahu menebus waktu-waktu yang tidak digunakan beliau dahulu apabila kembali bergandingan bersama pengurus yang bertanggungjawab membawa beliau ke Manchester City,  Manuel Pellegrini di West Ham.

"Saya masih kecewa kerana saya tidak mengambil apa-apa bahan,"jelas Nasri yang menandatangani kontrak selama enam bulan di West Ham menjelang pertembungan malam ini.

"Ia hanyalah dos vitamin yang terlalu banyak. Saya boleh melakukannya dalam masa dua hari tetapi saya melakukannya dalam masa satu hari, saya menyesal diatas peristiwa tersebut kerana saya sakit. Saya mempunyai preskripsi doktor tetapi ianya masih tidak diterima.

Beliau yang menerima penggantungan tersebut pernah memikirkan untuk bersara kerana pada satu ketika, beliau difahamkan akan menerima penggantungan selama empat tahun.

Dan peluang menyertai West Ham pada musim ini (jendela perpindahan kedua), ibarat mati hidup kembali buat Nasri.

I lost one year of my career that just went like that and at one point they were talking about a four-year suspension. A lot of things went through my mind. I thought my career was over, so having this second chance makes me lucky. -- Samir Nasri

Manakala pengurus West Ham, Manuel Pellegrini yang pernah menjulang kejuaraan liga bersama Nasri ketika berada di Manchester City, percaya pemain tersebut telah didorong untuk membuktikan kepada mereka yang ragu-ragu mengenai tahap permainan beliau bahawa ianya adalah salah sama sekali.

They can expect a lot from him because he is a top player. He wants revenge also and for me it is so important to give him the opportunity to work with us. I hope we will recover the same Samir Nasri that we saw three or four years ago with me at Manchester City. -- Pellegrini.


Pellegrini tetap bersungguh-sungguh bahawa walaupun usia Nasri semakin meningkat, namun beliau sedia mengambil risiko tersebut apabila mengatakan:

 "Dari Arsenal, City membelinya. Dari sana kariernya sudah merosot tanpa keraguan.

"Setiap kali anda memilih pemain, anda mempunyai risiko. Kadang-kadang apabila anda melabur lebih banyak wang, risiko anda semakin meningkat.

"Apabila saya membawa pemain ke sini, saya mengatakan tanggungjawab saya berlipat ganda apabila pemain sudah berada di sini bersama skuad.

"Anda mesti mengambil keputusan. Ini adalah keputusan yang berisiko tetapi tidak berisiko tinggi, kerana dia menandatangani selama enam bulan (kontrak).

"Dia tidak mahu jumlah yang besar (gaji) dalam tempoh enam bulan ini. Dia mahu menunjukkan dia kembali bermain bolasepak. Ada banyak pemain yang boleh anda beli dan risiko yang tinggi.

"Dia tidak mempunyai masalah dengan kontrak itu. Dia tidak menuntut untuk mendapatkan lebih banyak wang. Dia mempunyai persetujuan dan dia mahu menunjukkan antara sekarang hingga Jun bahawa dia mampu menjadi pemain teratas dalam bolasepak. "

Arsenal bakal berkunjung ke Stadium London malam ini dan anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di Astro saluran 816 dan 834 (HD).



Post a Comment

Previous Post Next Post