Arsenal dijangka selesaikan perpindahan Denis Suarez tidak lama lagi.

PERPINDAHAN Denis Suarez ke Arsenal dijangka selesai tidak lama dengan perjanjian penuh dan ekonomi dicapai.



Semalam (21 Januari) laporan dari Sport mendakwa bahawa pemain Barcelona, ​​Denis Suarez telah memberikan persetujuan untuk menyertai Arsenal dan akan ada keputusan yang pasti mengenai masa depan pemain tengah itu pada jendela perpindahan kali ini.

Laporan Sport pada 21 Januari 2019
Dan pada edisi Selasa (hari ini), Mundo Deportivo kini mendakwa bahawa selepas ketibaan Kevin-Prince Boateng dari Sassuolo, gergasi La Liga itu dilaporkan sedang berusaha menyelesaikan isu perpindahan pemain berusia 25 tahun itu dengan segera.

Berdasarkan laporan tersebut, perjanjian penuh dan ekonomi sudah pun tersedia untuk perpindahan pemain Sepanyol itu ke Liga Inggeris, serta dijangkakan bahawa ianya akan diselesaikan tidak lama lagi.

Bekas pemain Villarreal itu akan menyertai kelab Inggeris di Utara London dengan perpindahan pinjaman sehingga akhir musim ini dan ianya akan menelan kos sebanyak €2 juta.

Pun begitu, kedua-dua kelab masih berunding mengenai pilihan pembelian pada musim panas (selepas tamat tempoh pinjaman).

Pihak Ernesto Valverde ingin memasukkan pilihan mandatori untuk menandatangani pemain tersebut selepas tempoh pinjaman berakhir, sementara The Gunners pula tidak bersedia membelinya pada Januari ini mahupun berjanji untuk membelinya selepas kempen musim ini.

Laporan Mundo Deportivo hari ini.
Barca sedar bahawa Suarez mahu menyertai Arsenal dan jika pemain tersebut terus berada di Camp Nou sehingga jendela perpindahan Januari ini berakhir, mereka (Barcelona) sedar bahawa nilai pemain itu akan menyusut.

Dan disebabkan faktor tersebut, pihak Barcelona bersetuju bahawa mereka mengalami kerugian seandainya urusan perpindahan ini tidak berlaku, serta mereka dijangkakan akan melengkapkan perpindahan Suarez ke Emirates tidak lama lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post