Cristiano Ronaldo mengaku bersalah dalam skandal penipuan cukai, bayar denda € 18.8 juta.

CRISTIANO RONALDO telah mengaku bersalah atas tuduhan penipuan cukai di mahkamah Madrid pada hari Selasa.

Tuduhan dikenakan terhadap bintang Juventus itu adalah berkaitan ketika beliau berada di Real Madrid, dengan Ronaldo dituduh menyembunyikan € 14.7 juta (RM 69.05 juta) yang diperolehinya melalui hak gambar (imej) yang disimpan diluar akaun beliau.

Menurut Associated Press, Ronaldo berada di mahkamah selama kira-kira 45 minit dan menandatangani perjanjian untuk membayar denda sebanyak € 18.8 juta (RM 88.29 juta).

Ketibaan Ronaldo dimahkamah Madrid ditemani pasangan beliau, Georgina Rodriguez.
Pemain Portugal itu juga menerima hukuman penjara 23 bulan yang ditangguhkan selepas hakim di Sepanyol membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan untuk pelaku kali pertama selagi hukuman tersebut tidak melebihi dua tahun.

Pada 2017, seorang pendakwa raya menuduh Ronaldo melakukan empat tuduhan penipuan cukai dari tahun 2011-2014 bernilai € 14.7 juta. 

Ronaldo dituduh telah menggunakan syarikat-syarikat 'tidak aktif' di luar Sepanyol untuk menyembunyikan pendapatan yang perolehi daripada hak-hak imej beliau.

Tuduhan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan gaji yang diterima beliau daripada Real Madrid, dari tahun 2009 sehinggalah beliau menyertai Juventus tahun lalu.

Wartawan Ruben Canizares turut memuat naik video pemain bolasepak tersohor itu yang tiba di mahkamah Madrid bersama tunangnya, Georgina Rodriguez.


Selain kes penipuan cukai, Ronaldo juga sedang menghadapi dakwaan rogol di Amerika Syarikat.

Kathryn Mayorga memfailkan saman sivil di Nevada pada September yang mendakwa Ronaldo merogolnya di bilik hotel Las Vegas pada tahun 2009.

Polis membuka semula siasatan terhadap tuduhan atas permintaan wanita tersebut namun Ronaldo menafikan sebarang kesalahan.

Post a Comment

Previous Post Next Post