Van Veenendaal catat rekod baru dalam karier beliau.

LIMA pemain wanita The Gunners beraksi dalam pentas antarabangsa sepanjang hujung minggu lalu.



Vivianne Miedema, Dominique Bloodworth dan Sari van Veenendaal kesemua mereka tampil beraksi bersama Belanda dalam kemenangan 2-1 ke atas Afrika Selatan pada hari Sabtu lalu.

Sherida Spite membuka jaringan Belanda dalam masa dua minit, sebelum Miedema meledakan gol kedua Belanda dari jarak 20 meter sebelum Thembi Kgatlana merapatkan jurang buat pasukan Afrika Selatan.

Namun usaha tuan rumah selepas itu gagal untuk menambah jaringan ekoran kecemerlangan yang dipamerkan oleh van Veenendaal yang membuat penampilan ke-50 untuk Belanda.

Manakala Louise Quinn dan Katie McCabe pula beraksi 90 minit ketika kekalahan Ireland 1-0 kepada Belgium dalam aksi persahabatan pada hari Ahad.

Kedua-dua pemain wanita Arsenal itu telah mempamerkan aksi yang menggagumkan walaupun tewas dengan McCabe  yang dilantik menjadi kapten pasukan.

Jaringan tunggal daripada Elena Dhont pada minit ke-16 merencatkan penampilan bertenaga dua pemain wanita Arsenal itu.

Pemain-pemain Arsenal Wanita yang lain seperti Pauline Peyraud-Magnin bagaimanapun gagal membuat penampilan dan sekadar berada dibangku simpanan (tidak digunakan) dalam kemenangan 3-1 Perancis ke atas Amerika Syarikat.

Leah Williamson dan Lia Walti, masing-masing dipanggil menyertai skuad England dan Switzerland sebagai sebahagian daripada kem latihan pada minggu lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post