Bukayo Saka catat rekod baru dalam debut beliau bagi saingan Liga Perdana Inggeris.

ARSENAL tidak pernah takut untuk memberi peluang kepada pemain muda semenjak Arsene Wenger menguruskan pasukan dan ianya diteruskan lagi oleh pengendali baharu, Unai Emery.



Bukayao Saka membuat penampilan sulung beliau dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila masuk menggantikan Alex Iwobi pada minit ke-83 ketika Arsenal membelasah Fulham, 4-1.

Pada Hari Tahun Baru, Saka menjadi pemain pertama yang dilahirkan pada tahun 2001 untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan beliau pada ketika itu berumur 17 tahun, 117 hari.

Saka hanya beraksi tujuh minit ketika perlawanan menentang Fulham.
Bagaimanapun, itu bukanlah satu-satunya rekod yang dicipta Saka secara peribadi pada penampilan sulung beliau Selasa baru-baru ini.

Menyarung jersi dengan nombor 87 pada perlawanan tersebut, Saka merupakan pemain yang menggunakan nombor tertinggi (angka terbesar) yang pernah digunakan dalam Liga Perdana Inggeris.

Rekod menggunakan nombor jersi terbesar oleh Saka.

Rekod sebelum ini adalah dipegang oleh pemain Manchester City, José Angel Pozo yang menggunakan nombor 78 pada musim 2014/15.

Jose Angel Pozo kini beraksi untuk Rayo Vallecano.
Dan pada perlawanan tersebut, Saka yang beraksi tujuh minit termasuklah masa tambahan turut mencatatkan rekod tersendiri dimana beliau gagal menyentuh bola walaupun sekali.

Saka sebelum ini membuat penampilan sulung bersama Arsenal pada 29 November 2018 ketika kemenangan 3-0 keatas Vorskla Poltava dalam saingan  Liga Europa.

Pemain muda ini menyertai akademi Arsenal semenjak berusia sembilan tahun dan pastinya beliau mempunyai masa depan yang cerah bersama The Gunners selepas mendapat kepercayaan Unai Emery.


Rekod penampilan musim 2018/19
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Premier League 2 12 2 3 652'
EFL Trophy 4 1 2 274'
Europa League 2 - - 112'
U18 Premier League 2 2 2 155'
Premier League 1 - - 7'
Jumlah setakat ini (18/19): 21 5 7 1,200'

Beraksi pada posisi sayap kiri, beliau juga mampu bermain pada sayap kanan selain pertahanan kiri.
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Left Winger 11 4 5
Right Winger 1 1 -
Left-Back 1 - -

Post a Comment

Previous Post Next Post