Gagal dengan Cengiz Under, Gunners beralih ke alternatif lain, namun tidak mungkin.

ARSENAL beralih kepada alternatif lain dengan membuat tawaran €50 juta, selepas cubaan kedua dengan tawaran besar ditolak.



Pada 13 Disember, sumber berita dari Itali mendedahkan bahawa AS Roma telah menolak tawaran Arsenal berjumlah €32 juta untuk Cengiz Under dengan pemilik kelab Serie A itu, James Pallotta menuntut sekurang-kurangnya €50 juta untuk membenarkan penjualan pemain tersebut.

Cengiz Under is in the crosshairs of European clubs. Rome has already turned down an important 32 million offer from Arsenal. A figure that does not meet the demands of President Pallotta, which to sell the Turkish - arrived just a year and a half ago from the Istanbul Basaksehir, asks about 50. -TMW

Dan sumber yang sama iaitu Tutto Mercato Web pada 2 Januari lalu juga melaporkan isu berkaitan pemain antarabangsa Turki itu dimana tawaran kedua yang dibuat The Gunners juga ditolak sekali lagi oleh Giallorossi.

Laporan tersebut mengatakan bahawa pasukan kendalian Eusebio Di Francesco menuntut €50 juta untuk pemain sayap itu, yang bermaksud tawaran kelab utara London untuk pemain Roma itu telah dibuat melebihi €32 juta namun masih berada dibawah paras (harga) minimum yang diminta mereka pada tawaran kedua tersebut.

Arsenal, in recent days, has again tried to submit an offer for Cengiz Under. After the first of 32 - and the request of the Rome of 50 - the Gunners had raised the stakes, but without getting to touch the idea of ​​Monchi. Another refusal by the Giallorossi for the Turkish and the intention, by the Londoners, to change course. -- TMW


Selepas kekecewaan terbaru dalam mendapatkan Under, TMW melaporkan bahawa Arsenal telah mengalih perhatian mereka ke arah Nicolas Pepe dari Lille.

Nicolas Pepe
Pemain berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi cukup cemerlang dalam saingan Ligue 1 musim ini apabila telah menjaringkan 12 gol dan merekodkan tujuh bantuan gol sepanjang 19 perlawanan setakat ini.

Di samping itu, pemain antarabangsa Ivory Coast itu juga boleh bermain sebagai pemain sayap atau tengah menyerang (center forward) dan ia mendakwa pihak Unai Emery telah membentangkan tawaran berjumlah € 50 juta ditambah bonus.

Melihatkan jumlah tawaran tersebut, €50 juta atau kira-kira £45 juta, adalah mustahil buat Arsenal membuat tawaran begitu tinggi untuk Pepe ketika ini dan sama juga keadaannya ketika tawaran pertama Under sebagaimana dilaporkan tadi.


The Gunners musim ini telah menghabiskan hampir £75 juta pada musim panas untuk membawa Lucas TorreiraMatteo GuendouziBernd Leno dan Sokratis.


Dan mengenali serta memahami 'gaya' berbelanja Arsenal adalah begitu sukar untuk melihat tawaran tersebut dilakukan pada jendela perpindahan musim sejuk (Januari 2019) setelah berbelanja besar diawal musim.

BACA : Alasan Kroenke berhubung bajet 50 juta.

Nota; Terjemahan (quote) adalah menggunakan Google Translate daripada Bahasa Itali ke Bahasa Inggeris.


Post a Comment

Previous Post Next Post