Pemain berusia 28 tahun, Nicolas N’Koulou pilihan Emery memperkukuhkan pertahanan Arsenal.

Unai Emery dikatakan secara peribadi lebih memilih pemain Torino berusia 28 tahun dalam usaha beliau untuk memperkukuhkan pertahanan The Gunners.


Selepas mengharungi separuh musim ini, pengendali baharu Arsenal, Unai Emery berjaya memberikan harapan kepada penyokong The Gunners termasuklah berjaya membuatkan mereka melupakan seketika mengenai prestasi buruk musim terdahulu.


Namun kekalahan 5-1 kepada Liverpool tempoh hari begitu memberi kesan kepada pasukan dan peminat serta penyokong kelab Utara London ini.

Jelas sekali skuad Emery ketika ini berdepan masalah pertahanan yang serius dan gagal untuk memberikan saingan terutamanya dalam mengekang asakan pasukan dari kalangan Top 6 Liga Perdana Inggeris.

Menjelang jendela perpindahan musim sejuk yang baru dibuka, perkembangan tersebut seolah-olah membawa Arsenal untuk kembali menilai barisan pertahanan yang ada ketika ini, sama ada mahu menambah atau tidak pemain pertahanan sedia ada.



Dan menurut Calciomercato, mereka mendakwa bahawa Arsenal berminat untuk mendapatkan pertahanan Torino, Nicolas N'Koulou.

CALCIOMERCATO TORINO NKOULOU ARSENAL - With 31 goals conceded in 21 league days, Arsenal's defense is only the twelfth in the Premier League on a par with Everton, far away from the numbers of the other four teams that are playing the access to the next Champions . That's why the 'Gunners' are thinking about reinforcing the backlog in the winter session that officially opens tomorrow.

Menurut laporan tersebut, Unai Emery sendiri dikatakan mahu mendapatkan pertahanan Torino itu dan bukannya daripada usaha pihak pengurusan Arsenal.

Pun begitu laporan tersebut tidak menyatakan nilai bayaran bagi kapten Cameroon itu, namun Calciomercato percaya pemain tersebut bernilai jauh lebih tinggi daripada apa yang dibayar oleh Torino untuk mendapatkan N’Koulou daripada Lyon.

Kelab Itali itu mengeluarkan belanja sekitar €3.5juta pada Julai 2018 untuk membawa N’Koulou menyertai mereka secara kekal setelah tamat tempoh pinjaman selama setahun dari Lyon. 

Rekod penampilan dan kelab
Musim Kelab Penampilan Jaringan
2008–2011 Monaco 78 -
2011–2016 Marseille 162 5
2016–2018 Lyon 13 -
2017–2018 Torino (pinjaman) 37 2
2018– Torino 18 2
JUMLAH 308 4

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa N'Koulou telah menikmati musim yang mantap bersama Torino sejak menyertai mereka, namun persoalan tetap timbul adakah beliau merupakan pemain yang dicari-cari oleh The Gunners bagi menyelesaikan masalah pertahanan yang dihadapi ketika ini?

Bagi penulis, rumors ini tetap sekadar rumors.

Bagaikan menambah Ajinomoto didalam perkembangan perpindahan pemain terutamanya melibatkan pasukan Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post