Laporan Dari Sepanyol Sokong Perpindahan Suarez ke Arsenal hampir selesai.

DENIS SUAREZ begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal bakal diselesaikan dan diumumkan dalam masa terdekat.



SPORT, menyokong cadangan Mundo Deportivo bahawa Denis Suarez akan berpindah ke Arsenal namun terdapat sedikit percanggahan mengenai bagaimana proses tersebut bakal dilakukan.

Pun begitu, mereka (Sport) turut bersetuju bahawa rundingan perpindahan tersebut hampir selesai.

Mundo sebelum ini hadir dengan dakwaan bahawa pihak Barcelona sedia berkompromi mengenai tawaran berpindahan yang dilihat begitu berpontensi dengan bersetuju untuk meminjamkan pemain itu kepada Arsenal tanpa klausa wajib membeli, namun memerlukan Suarez untuk memperbaharui kontrak beliau terlebih dahulu (bersama Barcelona).

Denis Suárez renews until 2021 and goes on loan to Arsenal - Mundo

Pada mulanya Barcelona dikatakan mahu pemain tersebut menandatangani pembaharuan kontrak selama tiga tahun, namun dipercayai bahawa kini mereka sedia menerima pembaharuan hanya untuk tempoh setahun sahaja dan akan dikuatkuasakan sekiranya Suarez kembali dari pinjamannya di Arsenal.



Manakala Sport pula mempunyai laporan yang sedikit berbeza daripada apa yang telah dilaporkan oleh Mundo itu.

Mereka mengatakan bahawa The Gunners akan membayar nilai pinjaman berjumlah € 2.5 juta (MYR 11.73 juta) untuk pinjaman (mendapatkan Suarez) dan pilihan pembelian pada musim panas dianggarkan sekitar € 25-30 juta (MYR 117 - 140 juta).

Sumber kedua selepas Sport yang menyokong cadangan Mundo itu adalah MARCA, dan mereka juga mempunyai sedikit perbezaan mengenai perpindahan secara pinjaman Suarez ke Emirates.

Mereka mengatakan yuran pinjaman adalah sebanyak € 2.5 juta, tetapi mereka tidak menyatakan terdapat klausa pembelian (wajib) pada musim panas dan rundingan hanya akan berlaku pada masa itu (selesai tempoh pinjaman).

Adalah dipercayai perpindahan itu akan diumumkan dalam beberapa jam akan datang, menurut Marca.

Manakala AS pula, melaporkan dimana yuran perpindahan Suarez secara pinjaman adalah berjumlah € 2 juta dan pilihan pembelian berjumlah € 20 juta pada akhir musim.

Adakah ianya bakal menjadi kenyataan...dan kenapa Suarez yang menjadi keutamaan Emery ketika ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post