Edu Gaspar bakal dilantik menjadi pengarah bolasepak Arsenal.

ARSENAL dilaporkan telah membuat tawaran terhadap Edu Gaspar untuk peranan yang menyamai dengan tugas dipikul Raul Sanllehi ketika ini, Pengarah Bolasepak.



Masih tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemain The Gunners itu menerima tawaran tersebut atau tidak.

Edu Gaspar, 40 tahun pernah bermain untuk Arsenal dari tahun 2002 sehingga 2005 di mana beliau merupakan sebahagian daripada skuad tidak terkalah Arsene Wenger.

Sepanjang mewakili Arsenal, beliau berjaya memenangi dua gelaran Liga Perdana termasuklah kejuaraan yang penuh bersejarah, The Invincible.
Edu bersama skuad Invincible Arsenal 2003/04.
Dengan 127 penampilan, beliau telah menjaringkan 16 gol serta enam bantuan gol untuk skuad Utara London ini.

Beliau kemudiannya menyertai kelab Sepanyol selepas meninggalkan The Gunners dan beraksi selama empat musim bersama Valencia sebelum pulang ke kelab asal beliau di Brazil.
Rekod kelab diwakili Edu.
Tahun Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol
1998 - 2001 Corinthians 27 - -
2001–2005 Arsenal 127 15 6
2005–2009 Valencia 72 1 6
2009–2010 Corinthians 19 10 -

Edu kemudiannya mengumumkan persaraan pada tahun 2010, hanya selepas beraksi hanya empat perlawanan untuk musim tersebut (2010/2011) bersama Corinthians.

Namun kini, ianya kelihatan seperti bekas pemain tengah The Gunners ini bakal kembali ke  Emirates membantu Arsenal, jika laporan dari Brazil adalah benar.



Menurut artikel di laman web Globoesporte di Brazil, Edu telah ditawarkan untuk menjadi pengarah bolasepak Arsenal.
Selepas bersara selaku pemain bolasepak, Edu mula bekerja sebagai pentadbir bolasepak dan dilantik menjadi Pengarah Bolasepak Corinthians pada Mac 2011.

Dan ketika itu juga, beliau mula berkenalan dengan Tite yang kini merupakan Ketua Jurulatih pasukan Brazil.

Tite mengambil alih pasukan Brazil pada June 2016 dan menyambung kontrak sehingga 2022
Selain itu, beliau juga pernah membantu Carlos Queiroz pada Kejohanan Piala Dunia 2014, sebagai pembantu pengurus pasukan Iran (membantu Queiroz).


Carlos Queiroz pengurus pasukan Iran bermula  4 April 2011 sehingga kini.
Selepas Tite dilantik menjadi Ketua Jurulatih Brazil pada tahun 2016, Edu telah dilantik menjadi penyelaras pasukan kebangsaan negara tersebut.

Semenjak itu, bekas pemain tengah The Gunners ini menerima pendedahan besar dalam hal ehwal yang meliputi tugasan beliau selaku Technical Co-ordinator dan sering menjawab soalan bagi pihak pasukan kebangsaan Brazil terutamanya pada sidang media.

Arsenal kini mempunyai Raul Sanllehi sebagai Ketua Bolasepak dan penghijrahan Ivan Gazidis ke AC Milan tahun lalu mungkin menyaksikan Edu menyertai Arsenal dan akan bekerjasama dengan Raul serta Ketua Pengambilan, Sven Mislintat.


Persatuan Bolasepak Brazil, dikatakan telah dimaklumkan mengenai pendekatan tersebut namun tidak dapat dipastikan sama ada Edu menerima atau tidak tawaran tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post