Elneny tetap menjadi pemain buruan walaupun penampilan terhad.


MOHAMED ELNENY 26 tahun, hanya beraksi selama 59 minit untuk Arsenal dalam saingan Liga Perdana musim ini dan membuat tujuh lagi penampilan dalam pertandingan lain, termasuk lima kali dalam saingan Liga Europa.



Pemain tengah The Gunners ini merupakan pemain 'paling dikehendaki' buat ketua kelab Itali untuk mendapatkan beliau, dengan mereka merancang untuk mendapatkan beliau pada jendela perpindahan yang sedang dibuka ketika ini.

Musim lalu, beliau telah membuat 32 penampilan dengan secara keseluruhannya telah beraksi selama 2,311 minit berbanding musim ini hanya 651 minit (setakat ini).

Saingan 2017/18 Penampilan Jaringan Bantuan gol Minit Beraksi
Premier League 13 - 1 870'
Europa League 12 1 2 838'
EFL Cup 5 - 1 423'
Community Shield 1 - - 90'
FA Cup 1 - - 90'
JUMLAH 32 1 4 2,311'

Semenjak Unai Emery mengambil alih tugas selaku pengendali di Emirates, pemain antarabangsa Mesir itu  telah kehilangan masa bermainnya secara mendadak dan jelas aksi beliau begitu terhad digunakan setakat ini.

Saingan 2017/18 Penampilan Jaringan Bantuan gol Minit Beraksi
Europa League 5 - 1 418'
Premier League 1 - - 59'
FA Cup 1 - - 90'
EFL Cup 1 - - 84'
JUMLAH 8 - 1 651'



Walau bagaimanapun, ianya tidak menghalang pemain tersebut daripada menarik minat beberapa pasukan lain termasuklah kelab dari Itali, AS Roma.

Menurut Tutto Mercato Web, pengarah bolasepak AS Roma, Monchi ingin memperkuatkan barisan tengah pasukan mereka pada jendela perpindahan ini, dan telah mengenal pasti pemain The Gunners itu sebagai sasaran utama beliau.

Laporan tersebut menjelaskan dimana  bekas pemain Basel itu merupakan antara nama paling 'panas' dan idea Monchi adalah untuk mendapatkan Elneny secara pinjaman dengan  pilihan untuk membelinya pada akhir musim.

Kontrak pemain tengah The Gunners ini bersama kelab utara London bakal berakhir pada tahun 2022 dan setakat ini tidak jelas sama ada Arsenal sedia menerima cadangan Roma untuk mendapatkan pemain tersebut pada bulan ini (Januari).

Pun begitu, Elneny pada laman twitter beliau seolah-olah memberi bayangan bahawa beliau bakal meninggalkan Emirates apabila memuat naik status berikut:


Post a Comment

Previous Post Next Post