Kisah Mesut Ozil ke Milan, Ivan Gazidis tidak senada dengan dua bekas pemain berpengalaman.

PROSPEK menandatangani pemain Arsenal timbulkan pandangan berbeza buat dua watak penting AC Milan dengan bekas CEO The Gunners tidak yakin.


Situasi dan perkembangan Mesut Ozil di Arsenal ketika ini tidak banyak berubah dengan laporan  mengatakan bahawa pemain tersebut tidak lagi diperlukan di Emirates, masih lagi diperkatakan walaupun Unai Emery telah memberikan penjelasan mengenai sokongan beliau terhadap pemain tersebut dalam sidang media terakhirnya.

Unai Emery says he has not given thought to the possibility of Mesut Ozil leaving Arsenal and revealed the midfielder could make a return to the side against Chelsea. -- Sky Sports.

Itu adalah apa yang diperkatakan Emery, namun ianya tidak bermakna bahawa mereka yang berada dibelakang tabir tidak cuba berusaha untuk 'membuang' pemain tengah yang menerima gaji tertinggi dikalangan The Gunners bagi mengurangkan perbelanjaan (pembayaraan gaji), dengan pelbagai laporan muncul mengenai pemain tersebut ditawarkan kepada kelab di seluruh Eropah.

Juventus dan Inter disasarkan terlebih dahulu yang mana kedua-duanya telah menolak tawaran tersebut, dan kini giliran Milan, yang masih buntu dalam membuat keputusan untuk mendapatkan Mesut Ozil.


Corriere dello Sport mengatakan bahawa Paolo Maldini, yang merupakan sebahagian daripada mereka yang membuat keputusan dalam pasukan AC Milan, menyukai idea untuk menandatangani Ozil secara pinjaman.

Walaupun beliau (Paolo Maldini) berkhidmat sebagai Pengarah Strategi dan Pembangunan kelab, namun keputusan akhir tetap bergantung kepada Ketua Eksekutif AC Milan yang baru dilantik pada 1 Disember 2018, Ivan Gazidis.

Bekas CEO The Gunners itu jelas tidak begitu yakin dengan kemungkinan tindakan atau kebaikan tawaran itu.

Apa yang agak ironis dalam semua ini ialah, beliau (Gazidis) adalah antara mereka yang memberi lampu hijau kepada Arsenal untuk meluluskan gaji Ozil (£350 seminggu) dan mengekalkan pemain tersebut (Ozil) di Emirates sehingga 2021.

Selain aspek kewangan, Gazidis juga dikatakan mempunyai visi yang berbeza untuk masa depan Milan berbanding Leonardo (sporting director) dan Maldini (sporting strategy and development director).


Kedua-dua bekas pemain lebih suka melihat pemain bolasepak yang berpengalaman datang, seperti Mesut Ozil, sementara bekas CEO Arsenal lebih suka dan gemar pemain muda bercampur dengan beberapa pemain berusia 25-26 tahun yang boleh dijual semula.

Masih buntu mengenai kisah Mesut Ozil begitu juga dengan Milan yang masih gagal mencapai kesepakatan dalaman mereka mengenai keputusan pengambilan perancang berbisa The Gunners itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post