Satu masuk... Satu keluar dengan pemain sasaran telah dikenal pasti.

MENANDATANGANI perjanjian baru untuk tempoh tiga tahun setengah bersama Arsenal pada Februari 2018, tidak mungkin Mesut Ozil atau The Gunners dapat meramalkan ataupun menjangkakan situasi yang dialami ketika ini.



Perancang berbisa itu dilaporkan menerima gaji tertinggi didalam skuad Arsenal apabila menandatangani pembaharuan kontrak awal tahun lalu dengan menerima sebanyak £350k seminggu.

Namun kini, The Gunners 'terperangkap' dengan situasi yang melanda pemain berusia 30 tahun itu dan buntu mengenai apa yang perlu dilakukan terhadap Ozil setelah gagal menepati rancangan pengendali baharu pasukan, Unai Emery.

Rumor mengenai kemungkinan pemain tersebut bakal dilepaskan (dijual) kini semakin hangat diperkatakan, namun gaji lumayan yang diterima Ozil tetap menjadi penghalang bagi kebanyakan kelab yang berminat, sama ada tidak berkemampuan ataupun tidak mahu mengambil risiko dengan usia pemain yang mungkin memasuki fasa terakhir dalam soal prestasi (kemuncak ataupun berada dipenghujung karier).

Dalam perkembangan terkini mengenai pemain tersebut, media Itali, TuttoMercatoWeb pada hari Isnin melaporkan bahawa Arsenal dan Unai Emery tidak berputus asa untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan kelab yang terpaksa membayar gaji Mesut Ozil dengan menawarkan pemain itu kepada beberapa kelab Itali.



Juventus dan Inter, kedua-dua kelab tersebut melihat Ozil sebagai pemain jangka panjang untuk mereka dan turut dikatakan telah lama mensasarkan pemain tersebut.

Tetapi masalah utama yang dihadapi mereka adalah berkenaan gaji Mesut Ozil dan menurut TuttoMercatoWeb, mereka menganggap bahawa ianya bakal menjadi satu 'kesukaran' untuk mencari ruang kewangan yang diperlukan bagi mendapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan Jerman itu.

Dalam pada itu, Arsenal telah melihat Yannick Carrasco sebagai pengganti kepada Mesut Ozil, namun sebagaimana situasi yang dialami kelab Itali untuk mendapatkan bintang Jerman itu, ianya juga hampir sama melanda bintang Belgium itu.

Difahamkan gaji pemain yang beraksi untuk kelab Dalian Yifang itu dilaporkan berjumlah € 11 juta setahun dan sangat sukar bagi Gunners untuk mendapatkan pemain tersebut dengan bekas bintang Real Madrid itu masih berada di Emirates.


Jadi untuk Arsenal ia akan menjadi kes dimana satu dibawa masuk dan satu dibawa keluar, yang mana ianya pasti begitu mencabar dengan gaji tahunan Ozil berjumlah €16.87 juta setahun dan Carrasco pula dengan €11 juta setahun seandainya mahu menggunakan kedua-dua pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post