Emery pertahankan ketiadaan Ozil ketika Arsenal tewas kepada West Ham.

PENGURUS Arsenal, Unai Emery jelas beri petanda bahawa Mesut Ozil tidak akan mendapat tempat di dalam skuad beliau selepas pemain tersebut terlepas aksi Derby London menentang West Ham malam semalam (Sabtu).



Ozil 30 tahun, pemain paling tinggi menerima gaji di Arsenal, telah kembali menjalani latihan penuh minggu lalu selepas sembuh daripada kecederaan lutut yang dialaminya.

Namun bekas pemain kebangsaan Jerman itu langsung tidak tersenarai dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain simpanan Arsenal ketika jaringan tunggal Declan Rice memberikan The Hammers kemenangan tipis keatas The Gunners 1-0.

Pemain yang pernah menerima gelaran King of Assists, sebelum ini ditinggalkan Emery (tidak menyenaraikan beliau di dalam skuad) dalam beberapa siri perlawanan dengan pelbagai alasan dan kelibat perancang berbisa ini turut tidak digunakan dalam dua perlawanan terakhir The Gunners walaupun telah pulih dari kecederaan lutut.


Dan pengendali itu ketika didesak mengenai keputusan beliau untuk tidak menurunkan ataupun menyenaraikan bintang terkenal Arsenal, Mesut Ozil, berkata:

"Saya memutuskan pemain yang saya fikir adalah yang terbaik untuk perlawanan ini.

"Kami menang dengannya, kami tewas dengannya, saya fikir bukan seorang pemain (yang bermakna) kita tidak boleh menang atau kalah."

Penjelasan Unai Emery yang mana pemilihan pemain yang dibuat beliau itu bagi menghadapi cabaran West Ham adalah pemain yang tepat untuk perlawanan tersebut, ianya jelas memperlihatkan bahawa khidmat Ozil secara tidak langsung tidak lagi diperlukan beliau sebenarnya.

"Hari ini para pemain yang berada di sini adalah pemain yang sepatutnya berada dalam perlawanan ini.

"Kami boleh menang dan juga kalah.

"Kami terus bekerja dengan setiap pemain kerana mereka semua adalah penting, tetapi hari ini keputusan adalah dengan pemain-pemain ini."



Dengan kekalahan tersebut, Arsenal dilihat semakin sukar untuk mengejar kedudukan empat pasukan terbaik (teratas) dalam saingan Liga Perdana Inggeris setelah ketinggalan enam mata dengan Chelsea yang menghuni tangga keempat liga ketika ini (setakat ini).

Dan sekiranya Manchester United mampu mencatatkan kemenangan ketika bertemu Spurs ditempat lawan, Isnin ini, maka kedudukan Arsenal ditangga kelima liga juga bakal tergugat.

Juga ianya semakin sukar buat Arsenal dalam memburu ataupun menamatkan saingan dikalangan empat pasukan terbaik.

Kedudukan liga setakat ini (selepas perlawanan hari Sabtu).
Rank Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Liverpool 22 18 3 1 50 10 +40 57
2 Manchester City 21 16 2 3 56 17 +39 50
3 Tottenham Hotspur 21 16 0 5 46 21 +25 48
4 Chelsea 22 14 5 3 40 17 +23 47
5 Arsenal 22 12 5 5 46 32 +14 41
6 Manchester United 21 11 5 5 43 32 +11 38

Post a Comment

Previous Post Next Post