🎥 Reaksi Ian Wright ketika Arsenal tewas kepada West Ham


IAN WRIGHT merupakan pemain lagenda Arsenal yang kini menjadi seorang pundit bersama stesen televisyen BBC dan BT Sport serta tetamu tetap di rancangan radio terbitan BBC, Radio 5.



Sebagai seorang pemain dan juga seorang pakar dalam mengulas serta menganalisa perlawanan,  sudah tentu perasaan Ian Wright lebih dekat terhadap pasukan, lebih-lebih lagi apabila beliau ditugaskan untuk perlawanan pasukan yang pernah diwakilinya.

Dan pada perlawanan malam tadi, Wright bersama Jermaine Jenas (bekas pemain Spurs) telah menyaksikan perlawanan tersebut bersama-sama sebagai persediaan untuk program Match of the Day BBC dan ketika Wright keluar dari bilik, The Hammers telah mendahului perlawanan pada babak kedua melalui Declan Rice.

Menyedari ketiadaan Wright dan tahu reaksi yang bakal ditunjukkan oleh lagenda Arsenal itu apabila mengetahui keputusan tersebut, Jenas bertindak merakam reaksi yang bakal diberikan oleh Wright.

Dan apabila Wright kembali dan mendapati pasukan beliau ketinggalan, berikut adalah reaksinya.

Bukan sahaja Wright yang kecewa dengan perlawanan malam tadi, malah reaksi Wright itu mungkin hampir semua penyokong Arsenal bertindak demikian.

Dan lebih lucu apabila Jenas turut tersilap 'tag' Ian Wright pada posting beliau dilaman Twitter.

Sepatutnya beliau menge'tag' @ianwright0 namun tersalah orang ataupun pengguna Twitter lain dengan menge'tag'  @WrightyOfficial

Post a Comment

Previous Post Next Post