Lord Bendtner jalani hukuman 50 hari dirumah selepas insiden bersama pemandu teksi.

NICKLAS Bendtner pamerkan tag elektronik yang dipasang dikakinya selepas memulakan hukuman penahanan rumah selama 50 hari kerana menyerang pemandu teksi.



Bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner telah memulakan hukuman penahan di rumah selama 50 hari selepas didapati bersalah menyerang pemandu teksi.


Dan pada posting dilaman sosial - instagram beliau, Bendtner telah menunjukkan tag buku lali elektroniknya seperti dibawah.




A post shared by Nicklas Bendtner (@bendtner14) on

Pemain berusia 30 tahun yang kini bermain untuk pasukan Norway, Rosenborg, menjalani hukuman tersebut dirumahnya di Denmark.

Bendtner menyertai Rosenborg pada 6 Mac 2017.
Bendtner didakwa memukul dan menendang pemandu teksi dalam kejadian 2.41 pagi pada 9 September tahun lalu, selepas beliau dan teman wanita, Roepstorff berada di kelab malam eksklusif Lusso. 



Setelah bertengkar berhubung tambang £4.80, Bendtner menumbuk pemandu di rahang sebelum menendangnya ketika pemandu tersebut terbaring di atas tanah.

Bendtner telah diberikan hukuman tanpa syarat dan diperintahkan membayar pampasan sebanyak £ 1,330 kepada pemandu teksi tersebut.

Pemandu teksi turut didenda sebanyak £ 355 kerana  menggunakan telefon semasa memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Dalam posting panjang di laman Instagram, Bendtner menulis:

"Tidak kira bagaimana dia (pemandu teksi) berkelakuan dan apa yang dia katakan, itu bukan sesuatu yang saya inginkan darinya."

"Tidak syak lagi banyak cara yang lain dan lebih baik bahawa kami dapat selesaikan pertengkaran kita."

"Sekiranya saya membayar sahaja jumlah meter teksi, saya dan teman wanita saya mungkin tidak akan dikejar oleh kereta dengan pemandu yang marah."

Dalam insiden itu, Bendtner mengakui bahawa beliau telah minum (mengambil alkohol) dan memberitahu pemandu untuk kekal berada dilorong kiri sebelum ketegangan semakin meningkat.

Bendtner mendakwa beliau merasa terancam dan meninggalkan teksi atas faktor keselamatannya sendiri.

Pasangan itu kemudiannya meninggalkan teksi (turun) ke kaki lima dengan Bendtner mendakwa beliau bertindak sedemikian (menumbuk) kerana untuk mempertahankan diri apabila pemandu teksi itu menuju dan bertindak aggresif terhadapnya.

Bendtner mengakui memukul pemandu teksi itu namun mendakwa beliau berada dalam situasi mempertahankan diri selepas pemandu tersebut menyerang beliau dengan melemparkan tin atau botol ke arahnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post