Pemain tengah yang lama diperhatikan Arsenal dan Manchester United kembali hangat menjelang jendela perpindahan.

TERDAPAT dua bintang dimuka hadapan Gazzetta dello Sport pada laporan mereka yang dikeluarkan hari Khamis lalu.


Salah seorang adalah Aaron Ramsey yang dilaporkan dalam proses perbincangan akhir bagi perpindahan ke Juventus, dan seorang lagi adalah Nicolo Barella berusia 21 tahun.

Napoli mahu menandatangani permata Cagliari itu dan telah menawarkan €20 juta serta ditambah dengan pemain - Rog dan Ounas, tetapi tidak mencukupi buat Rossoblu untuk melepaskan pemain tersebut.

Kelab yang diasaskan pada tahun 1920 itu telah menilai pemain mereka pada harga €50 juta dan terbuka dengan mana-mana tawaran melibatkan pemain dan wang tunai.

Inter Milan dikatakan berada disamping Napoli dalam perebutan pemain tersebut namun Nerazzurri dianggap mendahului persaingan ketika ini.



Pun begitu, mereka (Inter) tidak dapat melakukan pembelian besar tanpa menjual mana-mana pemain sedia ada terlebih dahulu.

To make a purchase of this size, however, even exceeded the stakes of the Financial Fair Play (as it will happen in the spring) Inter will need to cash in: giving a big (as long as it is not Icardi) is no longer a taboo, but is considered a necessary passage to reinforce itself further. --Gazzetta.

Gazzetta turut melaporkan dimana Manchester United dan Arsenal telah lama mengikuti pemain tengah itu dengan menyifatkan bahawa kelab dari Liga Perdana Inggeris dianggap 'ancaman paling besar' pada jendela perpindahan ini.

Walaupun begitu, laporan tersebut seolah-olah meletakkan Red Devils dan The Gunners diibaratkan sebagai 'ajinomoto' yang dicampur ketika proses memasak secara sedikit demi sedikit bagi melazatkan masakan (laporan).


'Mister 50 Milioni' sebagai mana Gazzetta menggelarkan pemain tersebut, mungkin akan kekal berada di Itali dan mungkin menjadi 'Mister 35-40 Milioni'.


Rekod penampilan setakat ini (musim 2018/19)
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Serie A 18 1 - 1,593'
Coppa Italia 2 - - 180'
JUMLAH 20 1 - 1,773'

Rekod penampilan mengikut posisi.
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Central Midfield 16 1 -
Attacking Midfield 4 - -

Nilai pasaran semasa €30 juta (£26.8 juta).

Post a Comment

Previous Post Next Post