Laporan dari Brazil mengatakan bahawa Arsenal dan Chelsea kini bersaing untuk menandatangani pemain pertahanan dan kemungkinan ianya berlaku pada Januari ini.
Pasukan Brazil, Atletico-MG bersedia untuk menjual pertahanan kanan mereka, Emerson pada jendela perpindahan Januari ini, menurut laporan yang dikeluarkan pada hari Rabu.
Laman web UOL mengatakan kelab tersebut mensasarkan kewangan yang kukuh untuk tahun 2019 dan menjual pemain itu akan menjadi satu langkah besar bagi permulaan tahun ini.
Despite the intention to keep the player in the cast, Atletico MG plans to raise $ 70 million in sales in the 2019 season.
Bercakap mengenai pihak yang berminat, UOL menyebut Arsenal, Chelsea, Barcelona dan Betis serta minat yang ditunjukkan oleh The Gunners and The Blues telah dilaporkan dalam beberapa bulan yang lalu.
Dan sekarang ianya muncul lagi pada jendela perpindahan kali ini (perpindahan kedua musim 2018/19).
BACA: Minat Arsenal di Brazil diperkukuhkan namun kelab dan pemain mempunyai idea perpindahan berbeza.
Laman itu menulis bahawa kedua-dua pasukan Liga Perdana Inggeris itu telah memantau pemain tersebut beberapa kali dalam saingan liga Brazil musim lalu dan menyifatkan kedua-dua kelab tersebut merupakan antara pesaing untuk mendapatkan Emerson.
Kelab Atletico-MG mempunyai 62.5% hak pegangan ataupun pemilikan terhadap Emerson dan jika mereka menjual pemain tersebut pada bulan Januari ini, 12.5% akan pergi ke bekas kelabnya Ponte Preta, bermakna mereka hanya menerima separuh daripada hasil penjualan pemain tersebut. (62.5% -12.5% = 50%).
Dan sekiranya mereka (Atletico-MG) menjual pemain tersebut pada musim panas, jumlah tersebut (12.5%) tidak perlu diberikan kepada kelab asal Emerson.
Berdasarkan faktor itu, dapat difahamkan mengapa perpindahan Emerson tidak akan berlaku pada Januari ini dan pihak Atletico-MG kemungkinan hanya berminat untuk melepaskan pemain yang menyertai mereka pada tahun lalu (27 April 2018) pada musim panas depan.
Pun begitu, ianya juga mungkin kerana kelab tersebut dikatakan sedang menyediakan pemain 'backup' sekiranya kehilangan Emerson.
Sumber : Esporte UOL