Mampukah Emery tamatkan 'badi' kekalahan ditempat lawan?

UNAI EMERY setakat ini hanya berjaya mencatatkan empat kemenangan daripada 12 perlawanan yang diharungi ditempat lawan.


Dan menentang Huddersfield ditempat lawan malam ini, pengendali Arsenal, Unai Emery tidak sanggup lagi untuk mengalami kekecewaan dan menggesa anak buah beliau supaya mengakhiri 'badi' kekalahan ditempat lawan.

KESELURUHAN
Jumlah Perlawanan M S K J B +/- Mata
25 14 5 6 51 36 +15 47
Rekod perlawanan setakat ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2018/19

Pengendali The Gunnners itu mengakui bahawa Arsenal tidak mempunyai alasan untuk gagal menamatkan rekod buruk pasukan ketika menghadapi Huddersfield malam ini di tempat lawan (jam 11 malam waktu Malaysia).


The Gunners mengalami empat kekalahan dalam lima perlawanan terakhir di tempat lawan dan setakat ini hanya berjaya merekodkan empat kemenangan, tiga seri dan lima kekalahan.

Laman Sendiri Laman Lawan
M S K J B +/- M S K J B +/-
10 2 1 28 11 +17 4 3 5 23 25 −2



Dan perlawanan  terakhir dalam saingan Liga Perdana Inggeris di tempat lawan, turut mencatatkan kekalahan apabila tewas 3-1 kepada Manchester City pada hujung minggu lalu.

8 Disember 2018 Arsenal 1–0 Huddersfield Town
16 Disember 2018 Southampton 3–2 Arsenal
22 Disember 2018 Arsenal 3–1 Burnley
26 Disember 2018 Brighton & Hove Albion 1–1 Arsenal
29 Disember 2018 Liverpool 5–1 Arsenal
1 Januari 2019 Arsenal 4–1 Fulham
12 Januari 2019 West Ham United 1–0 Arsenal
19 Januari 2019 Arsenal 2–0 Chelsea
29 Januari 2019 Arsenal 2–1 Cardiff City
3 Februari 2019 Manchester City 3–1 Arsenal
9 Februari 2019 Huddersfield Town v Arsenal

Kemenangan terakhir Emery di tempat lawan adalah pada 25 November tahun lalu dengan menewaskan  Bournemouth 2-1 dan perlawanan menentang Huddersfield malam ini dilihat peluang terbaik buat The Gunners menamatkan kemarau kemenangan ditempat lawan setelah prestasi pasukan lawan begitu teruk setakat ini setelah mencatatkan 11 kekalahan daripada 12 perlawanan terakhir liga mereka.

1 Huddersfield Town 0–3 Chelsea
2 Manchester City 6–1 Huddersfield Town
3 Huddersfield Town 0–0 Cardiff City
4 Everton 1–1 Huddersfield Town
5 Huddersfield Town 0–1 Crystal Palace
6 Leicester City 3–1 Huddersfield Town
7 Huddersfield Town 0–2 Tottenham Hotspur
8 Burnley 1–1 Huddersfield Town
9 Huddersfield Town 0−1 Liverpool
10 Watford 3−0 Huddersfield Town
11 Huddersfield Town 1–0 Fulham
12 Huddersfield Town 1–1 West Ham United
13 Wolverhampton Wanderers 0–2 Huddersfield Town
14 Huddersfield Town 1–2 Brighton & Hove Albion
15 Bournemouth 2–1 Huddersfield Town
16 Arsenal 1–0 Huddersfield Town
17 Huddersfield Town 0–1 Newcastle United
18 Huddersfield Town 1–3 Southampton
19 Manchester United 3–1 Huddersfield Town
20 Fulham 1–0 Huddersfield Town
21 Huddersfield Town 1–2 Burnley
22 Cardiff City 0–0 Huddersfield Town
23 Huddersfield Town 0–3 Manchester City
23 Huddersfield Town 0–1 Everton
25 Chelsea 5–0 Huddersfield Town
26 Huddersfield Town v Arsenal


Ditanya wartawan mengenai peluang untuk menamatkan kemarau kemenangan ditempat lawan, pengendali The Gunners itu menegaskan:

"Ya. Kami bermula dengan sangat baik (beraksi ditempat lawan), mengubah mentaliti kami, tetapi kini kami perlu memulihkan keyakinan, memulihkan prestasi dan peluang seterusnya adalah ketika berdepan Huddersfield.

"Bagi kami juga, bermain di tempat lawan merupakan satu cabaran dan setiap perlawanan merupakan satu cabaran baru.

"Setiap perlawanan juga merupakan peluang yang sangat besar bagi kita untuk berjuang untuk kemungkinan mengambil tiga mata dan meneruskan usaha lebih baik daripada apa yang kita lakukan dalam permainan sekarang."


Pasukan manakah yang bakal mencatatkan kemenangan malam ini?

Huddersfield Town
Arsenal
Created with Poll Maker

Post a Comment

Previous Post Next Post