Sven Mislintat sah tinggalkan The Gunners bulan depan.

Sven Mislintat. Kredit gambar : Arsenal.

ARSENAL mengesahkan bahawa Ketua Perekrutan, Sven Mislintat akan meninggalkan kelab bulan depan.



Mislintat meninggalkan Borussia Dortmund pada 2017 untuk menyertai The Gunners yang ketika itu dalam usaha melakukan pembaharuan struktur dibawah CEO Arsenal, Ivan Gazidis.

Namun semenjak Gazidis meninggalkan Emirates, beliau mendapati peranannya semakin berkurangan di bawah kepimpinan baharu yang kini diterajui oleh Raul Sanllehi.

Rumor muncul minggu lalu mengatakan bahawa Mislintat yang dikenali dengan panggilan 'diamond eye' akan meninggalkan Arsenal dan mungkin akan menyertai Bayern Munich.

Dan kini, berita tersebut disahkan apabila laman rasmi Arsenal menyiarkan berita tersebut dan pihak pengurusan kelab turut mengucapkan terima kasih kepada Mislintat diatas segala usaha yang telah dilakukan beliau.

"Sven telah bersama kami sejak 1 Disember 2017 dan telah melakukan kerja yang sangat baik dalam membantu kami merekrut pemain yang memberi kesan besar sekarang dan juga akan memberikan kesan yang sama pada masa hadapan.

"Kami berharap dia berjaya dalam masa depannya dan berterima kasih di atas kerja kerasnya bagi pihak Arsenal."

Sementara itu, Mislintat turut mengucapkan terima kasih kepada The Gunners bagi tempoh sepanjang beliau berada di  kelab Utara London itu.

"It's been an amazing experience to work at a great club like Arsenal in what has been a big time of change. I am excited about what the future holds for the club and am looking forward to new challenges for myself." Sven Mislintat.

Post a Comment

Previous Post Next Post