10 pemain yang merekodkan 50 bantuan gol terpantas Liga Perdana Inggeris.

PEMAIN-PEMAIN Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United adalah antara pemain terpantas untuk merekodkan 50 bantuan gol dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.


Assist ataupun bantuan gol adalah sumbangan dibuat oleh seorang pemain yang membantu pemain lain menjaringkan gol. 

Statistik bagi bantuan gol yang dibuat oleh seseorang pemain itu disimpan secara rasmi oleh penganjur kejohanan ataupun pihak yang bertanggungjawab yang menguruskan sesebuah liga.

Ianya juga boleh disimpan (direkodkan) secara tidak rasmi oleh wartawan ataupun mana-mana pihak yang melakukan ataupun merekodkan data-data tersebut termasuklah data-data perlawanan lain (sebagai contoh Opta, FourFourTwo dan lain-lain).

Seramai 35 pemain berjaya mencatatkan 50 bantuan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebagaimana direkodkan oleh Sky Sports.

Namun tidak ramai pemain yang mampu mencipta 'assist' di bawah 200 penampilan liga (dalam Liga Perdana Inggeris).

Dan Arsenal merupakan pasukan yang  menghasilkan pemain terpantas dan terbanyak dalam senarai - Pemain Yang Terpantas Menghasilkan 50 Bantuan Gol.



Mesut Ozil menghasilkan 50 bantuan gol pada penampilan ke-141 beliau untuk Arsenal ketika membantu Shkodran Mustafi menjaringkan gol dalam kemenangan The Gunners ke atas Watford untuk menjadi pemain terpantas merekodkan pencapaian tersebut.


Malah, hanya 11 pemain sahaja (setakat ini) yang berjaya mencipta 50 bantuan gol dalam 200 penampilan pertama mereka dalam saingan tersebut.

No. Pemain Perlawanan Kelab Tarikh
1 Mesut Ozil 141 Arsenal 11 Mac 2018
2 Eric Cantona 143 Leeds + Manchester United 18 Jan 1997
3 Dennis Bergkamp 146 Arsenal 6 Mei 2000
4 Cesc Fabregas 165 Arsenal 26 Jun 2009
5 David Silva 166 Manchester City 29 Ogos 2015
6 David Beckham 170 Manchester United 1 April 2000
7 Thierry Henry 174 Arsenal 15 Ogos 2004
8 Nolberto Solano 178 Newcastle 14 Mac 2004
9 Ashley Young 192 Manchester United 26 Feb 2012
10 Steve McManaman 197 Liverpool 10 Jan 1998
11 Didier Drogba 198 Chelsea 20 April 2011
Pemain Yang Terpantas Menghasilkan 50 Bantuan Gol


Berikut adalah senarai 35 pemain yang berjaya mencipta 50 bantuan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris:

Bil. Pemain Tarikh Jumlah Perlawanan
1 M Ozil 11/3/2018 141
2 E Cantona 18/1/1997 143
3 D Bergkamp 6/5/2000 146
4 C Fabregas 26/9/2009 165
5 D Silva 29/8/2015 166
6 D Beckham 1/4/2000 170
7 T Henry 15/8/2004 174
8 N Solano 14/3/2004 178
9 A Young 26/2/2012 192
10 S McManaman 10/1/1998 197
11 D Drogba 20/4/2011 198
12 D Anderton 19/8/2000 202
13 M Le Tissier 14/4/1998 206
14 T Sheringham 9/5/1999 215
15 J F Hasselbaink 20/11/2004 218
16 R Giggs 11/8/1999 221
17 R Van Persie 2/11/2013 241
18 W Rooney 16/1/2010 245
19 Andrew Cole 12/1/2002 255
20 S Malbranque 17/10/2009 278
21 A Shearer 13/10/2001 279
22 N Barmby 11/4/2009 317
23 S Gerrard 16/12/2008 319
24 J Milner 14/5/2013 325
25 D Yorke 17/1/2004 326
26 F Lampard 17/9/2006 339
27 P Crouch 21/12/2013 340
28 S Downing 15/9/2014 345
29 D Duff 10/12/2012 361
30 D Murphy 27/4/2011 377
31 L Baines 15/4/2017 379
32 K Davies 6/11/2010 386
33 G Barry 11/12/2010 416
34 P Scholes 21/11/2009 424
35 E Heskey 25/4/2009 434

Namun rekod yang dicipta Ozil itu mungkin bakal dipecahkan oleh pemain Manchester City, Kevin De Bruyne yang ketika ini telah merekodkan 44 bantuan gol dalam 113 penampilan Liga Perdana.

Pemain tersebut mempunyai kurang 28 perlawanan ataupun penampilan untuk mencipta enam lagi bantuan gol bagi memintas pencapaian yang dilakukan oleh pemain The Gunners itu.



Post a Comment

Previous Post Next Post