Pendedahan mengapa Barcelona lepaskan peluang tandatangani Ramsey dan mengapa Juventus pilih

AARON RAMSEY sah sertai Juventus secara percuma musim depan setelah pengumuman rasmi dibuat Isnin lalu dan beliau turut dikatakan menerima gaji mingguan sebanyak £400k seminggu.



Pemain antarabangsa Wales itu pernah ditawarkan pembaharuan kontrak oleh The Gunners pada September tahun lalu dan ketika semuanya dilihat hampir dipersetujui, pihak pengurusan menarik balik tawaran tersebut dan menghentikan proses rundingan serta merta tanpa diketahui punca sebenar.

Perkembangan tersebut membuatkan kebanyakan peminat dan penyokong Arsenal begitu kecewa dengan keputusan serta tindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan terhadap Ramsey.

Dengan baki kontrak kurang enam bulan untuk ditamatkan, pemain berusia 28 tahun itu telah mengadakan rundingan dengan beberapa kelab ternama baik dari Liga Inggeris mahupun kelab-kelab Eropah, termasuklah Barcelona.

Media Sepanyol, Mundo Deportivo, menjelaskan bahawa Ramsey merupakan seorang pemain yang menarik untuk mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan pemain tersebut secara percuma pada jendela perpindahan  musim panas nanti, termasuklah gergasi Sepanyol itu.


Bagaimanapun, juara La Liga itu memutuskan untuk tidak menandatangani Ramsey kerana mereka mempunyai banyak pilihan pada bahagian tengah selain telah mengikat perjanjian untuk membawa Frenkie de Jong ke Camp Nou dari Ajax pada 1 Julai 2019.



Di samping itu, mereka turut mengejar Adrien Rabiot, yang mana turut bakal menjadi ataupun bergelar ejen bebas selepas berakhirnya kempen musim ini.

Penjelasan Pengarah Sukan Juventus mengenai pemilihan Ramsey

Fabio Paratici (Head of Technical Areas and Sporting Director)
Sama seperti Emre Can yang berpindah ke Juventus musim lepas, pengumuman juara Serie A mengenai mereka telah mencapai persetujuan bersama Aaron Ramsey untuk membawa pemain The Gunners itu ke Turin pada bulan Jun nanti, dilihat sebagai satu langkah yang kurang memberi kejutan kepada peminat dan penyokong mereka.

Dan menurut laporan media Itali, Gazzetta dello Sport mereka telah berbual panjang dengan Pengarah Sukan kelab tersebut, Fabio Paratici, mengenai strategi perpindahan beliau, bagaimana Cristiano Ronaldo ditandatangani dan termasuklah kisah beliau yang berjaya memujuk pemain Arsenal, Aaron Ramsey.


Menurut Paratici, beliau menjelaskan bahawa pemilihan Ramsey adalah kerana pemain tersebut memiliki sesuatu yang istimewa yang tiada dalam skuad sedia Juventus ketika ini.

Serta kemasukan Ramsey dilihat mampu menyelesaikan kekurangan yang ada dan pasti menguatkan lagi pasukan The Old Lady.

We got him, but he’s someone very different to what we have. We don’t have anyone like him in our squad. He’s more technical than some of our midfielders, even if he runs a lot, he’s less ‘nasty’ in defence, less tactical. He’s a final ball man, he has an eye for goal.

Beliau turut menjelaskan di mana Ramsey masih belum dapat mempamerkan kehebatan sebenar dirinya kerana bermain pada posisi yang tidak sesuai dengan bakat serta kebolehan yang ada pada dirinya.

Ramsey is, I think, someone who has yet to find his position because he hasn’t played in a midfield three, which his is role, capable to come in from deep, with quick passing. He can also play a bit further up the pitch, like Perrotta did at Roma, for example.


Post a Comment

Previous Post Next Post