Adakah Emery akan menerima pandangan Ljungberg?

FREDDIE LJUNGBERG, 41 tahun merupakan bekas pemain Arsenal yang kini menjadi Ketua Jurulatih skuad Bawah 23 tahun The Gunners.


Beliau memulakan karier awalnya bersama kelab Sweden, Halmstad dan menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di Arsenal, di mana beliau telah memenangi dua gelaran Liga Perdana dan tiga Piala FA sepanjang 10 tahun berkhidmat di Utara London.

Selepas meninggalkan Emirates pada tahun 2007, beliau menyertai kelab lain untuk jangka masa pendek di beberapa negara dengan beraksi di Liga England, Scotland, Amerika Syarikat, Jepun dan India.
Rekod Mewakili Pasukan
Tahun Pasukan Penampilan Jaringan
1994–1998 Halmstad 79 10
1998–2007 Arsenal 216 46
2007–2008 West Ham United 25 2
2009–2010 Seattle Sounders 37 2
2010 Chicago Fire 15 2
2011 Celtic 7 0
2011–2012 Shimizu S-Pulse 8 0
2014 Mumbai City 4 0
JUMLAH 391 62



Beliau kembali ke Arsenal pada tahun 2016 (12 Julai) apabila dilantik menjadi jurulatih yang bertanggungjawab terhadap skuad akademi Bawah 15 tahun dan hanya bertahan selama tujuh bulan sebelum dilantik menjadi Penolong Pengurus pasukan VfL Wolfsburg pada 27 Februari 2017.

Arsenal Academy Director Andries Jonker chats to Arsenal Youth Coach Freddie Ljungberg before the match between Arsenal and Ludogorets Razgrad in the UEFA Youth League at Meadow Park on October 19, 2016 in Borehamwood, England. Credit photo: Mirror
Dan pada 12 Jun 2018, beliau sekali lagi kembali ke Arsenal untuk menjawat posisi selaku Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 tahun The Gunners yang dipegang sehingga kini.

Dalam perkembangan terkini, Ljungberg menegaskan bahawa adalah perlu buat pemain yang menerima didikan beliau, Eddie Nketiah untuk beraksi dalam saingan Liga Europa menentang BATE setelah skuad kendalian Emery kehilangan Lacazette ekoran layangan kad merah pada perlawanan pertama ditempat lawan.

Eddie Nketiah, 19 tahun.
Namun begitu beliau menyerahkan segalanya kepada pengendali Sepanyol itu untuk membuat keputusan selain menyiapkan pemain-pemain beliau seandainya khidmat mereka diperlukan oleh Emery.

“It’s important for Eddie to play games. As a striker, you can’t just train because you want to feel that feeling to get yourself in the right place at the right time to score. That’s why I think it was important for Eddie to play so he’s ready when he gets a chance in the first-team. He needs games, as a striker he always needs to be playing.” 

Adalah perlu pemain muda berbakat diberikan peluang untuk beraksi dalam perlawanan peringkat tertinggi kerana selain menerima pendedahan, ianya turut membantu perkembangan pemain itu juga.

Adakah Emery akan menerima pandangan Ljungberg?

Post a Comment

Previous Post Next Post