Emery kata, Ozil perlu lebih konsisten, Sherwood cakap Ozil mampu bawa Arsenal dan McMahon tegaskan tugas pengurus yang bertanggungjawab

PEMAIN yang paling mencuri tumpuan dan menjadi tajuk utama ketika ini dikalangan pemain Arsenal adalah Mesut Ozil, yang dikatakan mampu mengembalikan pasukan untuk berada dikalangan empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris.


Setiap kali senarai pemain diumumkan bagi setiap perlawanan, nama Ozil pasti menjadi pencarian dikalangan peminat mahupun pemerhati sukan bolasepak bagi memastikan sama ada pemain tersebut disenaraikan atau tidak, beraksi atau tidak.

Ozil muncul dalam kesebelasan utama The Gunners pada November tahun lalu ketika seri berdepan Wolves di laman sendiri dengan lilitan kapten diberikan kepada beliau pada perlawanan tersebut.

Namun beliau 'direhatkan' (berada dibangku simpanan) pada perlawanan seterusnya ketika berdepan Bournemouth.

Selepas itu, beliau dikatakan mengalami kecederaan dan terlepas tiga perlawanan sebelum kembali pada tiga perlawanan berikutnya.

Namun semenjak itu, kisah beliau terus mendapat perhatian apabila gagal disenaraikan oleh Emery.
Rekod penampilan Ozil dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini.
Bil Tarikh V Lawan K Posisi J B Minit Beraksi
1 8/12/18 H Man City 0:2 LW 90'
2 8/18/18 A Chelsea 3:2 AM 68'
3 8/25/18 H West Ham 3:1 Tiada dalam skuad
4 9/2/18 A Cardiff 2:3 RW 84'
5 9/15/18 A Newcastle 1:2 RW 1 90'
6 9/23/18 H Everton 2:0 RW 90'
7 9/29/18 H Watford 2:0 LW 1 90'
8 10/7/18 A Fulham 1:5 Tiada dalam skuad
9 10/22/18 H Leicester 3:1 AM (Kapten) 1 1 80'
10 10/28/18 A Crystal Palace 2:2 AM (Kapten) 68'
11 11/3/18 H Liverpool 1:1 AM (Kapten) 90'
12 11/11/18 H Wolves 1:1 AM (Kapten) 76'
13 11/25/18 A Bournemouth 1:2 Di bangku simpanan
14 12/2/18 H Spurs 4:2 Sakit belakang
15 12/5/18 A Man Utd 2:2 Sakit belakang
16 12/8/18 H Huddersfield 1:0 Sakit belakang
17 12/16/18 A Southampton 3:2 AM 20'
18 12/22/18 H Burnley 3:1 AM (Kapten) 90'
19 12/26/18 A Brighton 1:1 AM 45'
20 12/29/18 A Liverpool 5:1 Sakit lutut
21 1/1/19 H Fulham 4:1 Sakit lutut
22 1/12/19 A West Ham 1:0 Tiada dalam skuad
23 1/19/19 H Chelsea 2:0 Di bangku simpanan
24 1/29/19 H Cardiff 2:1 AM (Kapten) 76'
25 2/3/19 A Man City 3:1 Di bangku simpanan
26 2/9/19 A Huddersfield 1:2 Tiada dalam skuad
JUMLAH : 14 Perlawanan 3 1 1,057'



Dengan prestasi semasa Arsenal  yang sedikit goyah ketika ini, pemain yang juga merupakan pemegang rekod paling cepat menghasilkan 50 bantuan gol dalam Liga Perdana Inggeris terus mendapat perhatian.

Pelbagai andaian dan reaksi serta spekulasi timbul mengenai masa depan pemain ini walaupun jendela perpindahan (Januari) telah pun ditutup.

Selain masalah kecergasaan, prestasi tidak konsisten beliau (Ozil) turut dikatakan menjadi punca mengapa pengendali Arsenal, Emery tidak menyenaraikan pemain yang menerima gaji tertinggi di Emirates itu.

Malahan Emery sendiri telah menggesa Ozil untuk tampil lebih konsisten sekiranya pemain tersebut ingin terus berada di dalam kesebelasan utama Arsenal.

"The key is in his hands. He is working very well this week, I ask him in our conversation for consistency, to be available for us for training, when you can train consistently you can help us with your best performance in the games. This week has been good for all the players. I am looking at him doing the training like we want. He needs to be available consistently for training, without the injuries, without the sickness. Without that we cannot see the best Mesut with us."
-- Unai Emery (via Metro)



Namun ianya sedikit berbeza dengan pendapat yang dikeluarkan oleh bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Aston Villa, Tim Sherwood percaya bahawa Mesut Ozil adalah harapan terbaik Arsenal untuk menamatkan saingan dikalangan empat teratas liga dan pemain itu perlu berada dalam kesebelasan pasukan.

"He can't do anything right in Unai Emery's mind at the moment. For me, he has to play. I would play him. I'd get the best out of him because of what they have at their disposal. I don't think they've got the quality of Mesut Ozil. He needs to play and it's up to the manager to get the best out of him. You're paying him £350,000 a week, to do what? To do nothing. It's a glorified Fitness First. It's no good.They need to get him on the pitch and playing for Arsenal because it's their only chance of getting towards the top four."
-- Tim Sherwood (via Sky Sports)

Malahan pendapat Sherwood itu juga dipersetujui, Steve McMahon yang sama-sama mengulas dalam rancangan khas Sky Sports, The Debate dimana beliau menggesa Emery untuk menggunakan Ozil dan mencari kekuatan serta kelebihan yang ada pada pemain itu.

"When you've got world-class players, which undoubtedly he is, you have to play him and find a way to get the best out of him. That's why you're the manager, that's why Jose Mourinho was sacked for not getting the best out of the Manchester United players. £350,000 a week? I've got to get the best out of you. And that's your job. You can't just say he wasn't my signing and palm it off onto Wenger, you have to deal with it."
-- Steve McMahon (via Sky Sports).

Penulis bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan oleh McMahon dimana beliau menegaskan sebagai pengurus mahupun ketua jurulatih, adalah menjadi tugas anda untuk menghasilkan ataupun mengeluarkan terbaik daripada pemain terbaik yang dimiliki didalam pasukan.

Anda bagaimana?

Post a Comment

Previous Post Next Post