Tiga kelab London berada dalam senarai Top 30 kelab terbesar didunia.

EDISI minggu ini dari France Football menampilkan ciri-ciri dan senarai kelab terbesar di dunia.



Wakil London muncul dengan baik dalam senarai tersebut apabila bandar itu memiliki paling banyak kelab dalam senarai 30 pasukan terbesar di dunia.

Chelsea, Arsenal dan Tottenham semuanya berada dikedudukan 20 teratas dan tidak ada bandar lain yang dapat menandinginya, namun jika mengambil kira kawasan ataupun daerah yang lebih besar, North West England menampilkan wakil terbaik dengan tiga pasukan berada dalam kelompok teratas (10 pasukan terbesar).

North West England
Tiga wakil London, Chelsea disenaraikan kelab ke-8 terbesar di dunia, Arsenal di tangga ke-10 dan Tottenham ditangga ke-14.


French Football mengambil sepuluh faktor untuk menilai kelab, iaitu:
  1. Bilangan pemain dalam skuad terkini yang telah memenangi Piala Dunia. 
  2. Gelaran / kejuaraan di peringkat kontinen (benua) yang dimenangi (contoh. Liga Juara-Juara).
  3. Jumlah penjualan jersi setiap tahun. 
  4. Pendapatan tahunan. 
  5. Bayaran rekod perpindahan yang dibayar/dibuat. 
  6. Purata kehadiran penonton di stadium.
  7. Nilai pasaran skuad semasa. 
  8. Ballon d'Or (versi asal France Football) trofi yang dimenangi sejak tahun 1956.
  9. Pengikut media sosial.
  10. Kelab yang mempunyai status mythical terbesar.


Post a Comment

Previous Post Next Post