3 pemain baharu perlu dibeli dan empat pemain lama perlu dijual

MUSIM ini Arsenal telah membelanjakan hampir £75 juta bagi membawa masuk lima pemain baharu ke dalam skuad utama selain beberapa pemain muda untuk akademi pasukan.


Walaupun menerima lima muka baru, namun pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dilihat bergelut dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap lebih-lebih lagi selepas mengharungi separuh kempen musim ini.

Dan semenjak mengambil alih tugas pengendali pasukan, terdapat beberapa pemain sedia ada The Gunners yang jarang digunakan Emery, menyebabkan ada yang beranggapan 'satu pembaziran' dan ada yang mengatakan 'daripada simpan, baik jual'.

Senarai pemain yang dibawa masuk musim 2018/19
Tarikh Posisi Nama Pemain Dari Kelab Yuran Perpindahan Pasukan
23 Mei 2018 GK Karl Jakob Hein Nomme United Percuma Akademi
1 Julai 2018 DF Stephan Lichtsteiner Juventus Percuma Pasukan Utama
1 Julai 2018 GK Bernd Leno Bayer Leverkusen £22,500,000 Pasukan Utama
2 Julai 2018 DF Sokratis Papastathopoulos Borussia Dortmund £14,400,000 Pasukan Utama
10 Julai 2018 MF Lucas Torreira Sampdoria £27,000,000 Pasukan Utama
11 Julai 2018 FW Sam Greenwood Sunderland Tidak dinyatakan  Akademi
11 Julai 2018 MF Matteo Guendouzi Lorient £7,000,000 Pasukan Utama
19 Julai 2018 DF Joel López Barcelona Tidak dinyatakan  Akademi
27 Julai 2018 MF Marcelo Flores Ipswich Town Tidak dinyatakan  Akademi
1 Januari 2019 MF Cătălin Cârjan Viitorul Domnesti Tidak dinyatakan  Akademi


Mungkin pemain sedia ada tidak menepati ciri serta keperluan Emery dan jika benar ianya tidak menepati, adalah lebih elok jika mereka dilepaskan (dijual) untuk mendapatkan pemain yang benar-benar menepati citarasa pengendali Sepanyol itu.

Laporan Express hari memberikan pandangan mereka mengenai pemain-pemain yang perlu dibawa masuk dan dilepaskan Emery bagi memperkukuhkan pasukan musim depan.

Sama ada anda bersetuju atau tidak, berikut adalah senarai tiga pemain yang perlu ditandatangani Emery musim depan dan empat pemain yang perlu dijual/dilepaskan pada jendela musim panas nanti.

PEMAIN PERLU DIBELI
Aaron Wan-Bissaka, nilai pasaran semasa £22.50 juta.
1. Aaron Wan-Bissaka (bukan bishe bishe), merupakan pertahanan kanan (RB) Crystal Palace berusia 21 tahun, dilihat pemain paling sesuai untuk mengisi kekosongan (sementara) yang ditinggalkan oleh Bellerin ekoran kecederaan jangka panjang yang dihadapinya.

Statistik Wan-Bissakan dalam saingan Liga Perda Inggeris.
Wan-Bissaka musim ini telah membuat 27 penampilan liga dan secara keseluruhannya musim ini beliau telah membuat 31 penampilan dalam kesemua pertandingan dengan tiga bantuan gol berjaya dicipta beliau.

Nicolas Pepe, harga pasaran semasa dianggarkan £36 juta.



2. Nicolas Pepe
, pemain sayap (RW dan CF) Lille yang pernah dikaitkan dengan Arsenal pada jendela perpindahan terdahulu, turut disenaraikan antara pemain yang perlu ditandatangani Emery musim depan.

Statistik penampilan Pepe dalam saingan Ligue 1 musim ini (2018/19).
Prestasi pemain berusia 23 tahun ini sangat menakjubkan musim ini apabila berjaya menjaringkan 17 gol dan 10 bantuan gol dalam saingan Liga Perancis.

Namun, Arsenal bakal mendapat saingan daripada Bayern Munich jika mahu mendapatkan Pepe kerana kelab Jerman itu juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Harry Maguire, nilai pasaran semasa £40.5 juta.
3. Harry Maguire, 26 tahun merupakan pertahanan tengah Leicester City yang dilihat mampu menyelesaikan masalah pertahanan yang dihadapi Arsenal ketika ini.

Statistik Maguire dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.


Dengan usia kapten The Gunners, Laurent Koscielny bakal mencecah 34 tahun September ini, Arsenal sememangnya memerlukan seorang pertahanan tengah yang baharu bagi menyiapkan diri untuk persaingan musim depan.

Dan pertahanan Leiceter ini dilihat sebagai solusi terbaik buat Emery dan Arsenal walaupun nilai pasaran pemain tersebut agak tinggi ketika ini.

Namun ianya pasti berbaloi kerana sudah pasti pemain itu memahami corak dan rentak Liga Perdana Inggeris.

PEMAIN PERLU DIJUAL / DILEPASKAN

1.Shkodran Mustafi
Mustafi, 26 tahun dan mempunyai kontrak sehingga 2021.
Harapan terlalu tinggi diletakkan terhadap Mustafi apabila beliau menyertai Arsenal dari Valencia dengan nilai perpindahan mencecah £ 35 juta pada tahun 2016.

Walau bagaimanapun, prestasi beliau sentiasa menjadi mangsa kritikan dan menurut Express, sekiranya Arsenal dapat mengembalikan jumlah pelaburan mereka ketika mendapatkan Mustafi, ianya pasti sesuatu yang berbaloi.

Nilai pasaran semasa Mustafi adalah sekitar £27 juta dan ianya jauh lebih rendah daripada apa yang dibayar Arsenal kepada Velencia dahulu.

2.Mohamed Elneny
Eleneny, 26 tahun dan mempunyai kontrak sehingga 2022. 
Musim ini, dibawah kendalian Emery, Elneny hanya membuat empat penampilan dengan kesemua penampilan beliau sebagai pemain gantian dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pernah menjadi sasaran Leicester musim lalu, namun dengan kedatangan Brendan Rodgers sebagai pengurus The Foxes, ianya dilihat sesuatu yang mustahil untuk dijual kepada kelab itu, bukan pemain pilihan Rodgers.


3.Carl Jenkinson
Jenkinson, 27 tahun mempunyai kontrak sehingga penghujung musim ini.
Peminat sejati Arsenal yang sangat bertuah kerana dapat mewakili pasukan yang diminatinya.

Namun, itu semua bukanlah jaminan kepada beliau untuk terus kekal bersama kelab, sudah tiba masanya untuk kelab melepaskan beliau sekira tidak lagi diperlukan.

Setakat ini, Jenkinson hanya membuat tujuh penampilan sahaja dengan dua daripadanya adalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris.


4.Nacho Monreal
Monreal, 33 tahun mempunyai kontrak sehingga penghujung musim ini.
Monreal telah bergelut dengan beberapa siri kecederaan pada beberapa musim terakhir dan khidmat beliau walaupun masih boleh diharapkan lagi, namun mungkin terjejas sekiranya sering kali mengalami kecederaan.

Dengan usia yang semakin meningkat, Arsenal memerlukan seorang pemain muda bagi memperkemaskan barisan pertahanan yang sering menjadi masalah ketika ini.

Adakah anda bersetuju dengan senarai yang dikeluarkan oleh Express ini? Kongsikan bersama kami pendapat anda.

Berikut adalah senarai pemain Arsenal yang bakal menamatkan kontrak di penghujung musim ini.
Bil. Pemain Umur Tarikh berakhir kontrak Pilihan kontrak Nilai pasaran semasa
1. Danny Welbeck
Centre-Forward
28 tahun 30.06.2019 - £13.50 juta
2. Denis Suárez
Central Midfield
25 tahun 30.06.2019 - £10.80 juta
3. Nacho Monreal
Left-Back
33 tahun 30.06.2019 Pilihan Membeli £9 juta
4. Carl Jenkinson
Right-Back
27 tahun 30.06.2019 - £2.25 juta
5. Stephan Lichtsteiner
Right-Back
35 tahun 30.06.2019 - £1.35

Post a Comment

Previous Post Next Post