Arsenal dilaporkan berminat menandatangani pemain sayap Atletico Madrid, Gelson Martin.

GELSON MARTIN, nama yang tidak asing lagi jika dikaitkan dengan Arsenal.


Pemain berusia 23 tahun ini pernah dikaitkan dengan begitu kuat untuk menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas yang lalu (2018).

Dan kali ini, pemain itu sekali lagi dikaitkan dengan Arsenal namun perpindahan beliau bukanlah begitu mudah.

Selepas kecewa bersama Sporting CP serta gagal menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, pemain antarabangsa Portugal itu menyertai Atletico Madrid secara percuma selepas menamatkan kontraknya dengan Sporting pada 18 Julai 2018.

Bagaimanapun, penghijrahan beliau itu gagal memberikan sesuatu yang positif, sebaliknya beliau dipinjamkan kepada kelab Perancis, AS Monaco pada 27 Januari 2019.

Bersama Monaco, beliau berjaya mengembalikan prestasi terbaik beliau sebagaimana ketika berada di Sporting dan perkembangan itu kembali mencetuskan kisah perpindahan Martin ke Arsenal.



Kini, Sporting berharap agar minat yang pernah ditunjukkan Arsenal terhadap pemain tersebut kembali berputik dan seterusnya berjaya memberikan 'kelebihan' kepada kelab Portugal itu (Sporting) dalam menuntut pampasan penjualan pemain itu.

Kelab Lisbon menuntut tidak kurang daripada €15 juta (RM69.47juta) sebagai pampasan terhadap Martins, yang menghabiskan tempoh empat tahun di akademi Sporting sebelum memulakan debutnya sebagai pemain profesional pada tahun 2014.

Media Portugal, A Bola melaporkan bahawa Sporting berharap usaha Arsenal mendapat pemain tersebut mampu menyelesaikan masalah mereka tanpa menggugurkan proses timbang tara.

Terdahulu, Sporting telah membuat aduan rasmi kepada FIFA berhubung perpindahan Martin ke Atletico Madrid dan menuntut ganti rugi sebanyak € 100 juta (RM463.06 juta), berikutan klausa pelepasan kontrak yang dibatalkan.

Martins setakat ini telah berjaya menjaringkan tiga gol dan satu bantuan gol untuk Monaco semenjak menyertai mereka pada 27 Januari lalu dan nilai pasaran semasa beliau dianggarkan sekitar £25.20 juta (RM136.48 juta).

Post a Comment

Previous Post Next Post