3 sebab Emery tidak akan menurunkan Ozil pada perlawanan menentang United.

SITUASI Mesut Ozil yang tidak begitu konsisten dibawah kendalian Unai Emery dapat dilihat dengan pemain itu sering kali dipinggirkan dalam beberapa aksi perlawanan musim ini.



Ozil setakat ini hanya membuat 17 penampilan liga dengan tujuh kali bermain penuh (90 minit) dan masa depan pemain tersebut di Emirates turut menjadi persoalan.

Arsenal memerlukan kemenangan pada pertemuan malam ini dalam usaha untuk memastikan tempat dikalangan empat teratas liga dapat dicapai musim ini, selain slot beraksi untuk saingan Liga Juara-Juara musim depan terjamin.

Dalam perkembangan terkini, Unai Emery dilaporkan masih bermain teka-teki untuk menggunakan khidmat Mesut Ozil serta dikatakan dalam pertimbangan untuk tidak akan menurunkan pemenang Piala Dunia itu pada pertembungan menentang Manchester United malam ini.

Saingan 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Premier League 17 4 2 1,192'
Europa League 5 1 1 301'
FA Cup 1 - - 26
Jumlah 23 5 3 1,519'
Rekod penampilan Ozil



Semenjak pulih dari kecederaan, Ozil jarang digunakan dalam kesebelasan utama dan kali terakhir pemain tersebut membuat penampilan menyaksikan kekalahan dalam saingan Liga Europa ditangan Rennes minggu lepas.

Arsenal tidak mempunyai kreativiti pada bahagian tengah dan khidmat pemain Jerman itu juga jarang digunakan Emery pada musim ini serta pengendali The Gunners itu berulang kali menafikan bahawa beliau mempunyai masalah dengan Ozil.

Tetapi The Times melaporkan bahawa Emery kemungkinan bakal melupakan khidmat pemain itu sekali lagi apabila Arsenal bertemu Manchester United di Emirates awal pagi Isnin (malam ini jam 12.30 malam waktu Malaysia).


Laporan itu mendakwa terdapat tiga alasan yang mungkin dapat digunakan Emery untuk mengetepikan khidmat Ozil.

Yang pertama adalah bahawa Emery tidak fikir Ozil bekerja cukup keras untuk mendapatkan bola, yang kedua adalah bahawa beliau beranggapan bahawa pemain Jerman itu tidak memberikan tekanan cukup kuat kepada pihak lawan, dan ketiga Emery dikatakan percaya pemain tengah itu telah terkeluar dari cabaran.

Ozil adalah pemain yang menerima gaji tertinggi Arsenal dan telah menjelaskan bahawa beliau mahu kekal berada di Utara London serta berjuang untuk tempatnya dalam pasukan utama, walaupun khabar angin kuat mengatakan masa depan beliau bakal berakhir dibawah kendalian Emery.

Dan Emery pula berada di bawah tekanan untuk menghasilkan ataupun mengeluarkan impak besar daripada pemain Jerman itu yang memperolehi lebih dari £ 1 juta sebulan.

Tindakan untuk meletakan Ozil dibangku simpanan pastinya mencetuskan persoalan baik dari sudut positif mahupun negatif.

Adakah anda merasakan Ozil patut beraksi malam ini menentang United?

Post a Comment

Previous Post Next Post