Adakah benar Arsenal akan dibelasah 4-2 malam ini?

Manchester berjaya layak ke peringkat Suku Akhir Liga Juara- Juara selepas menewaskan PSG minggu lalu.



Walaupun ketinggalan secara aggregate 2-0 selepas tewas dilaman sendiri, namun United berjaya bangkit memenangi perlawanan ditempat lawan dengan keputusan 3-1.

Dan United layak ke peringkat suku akhir dengan gol ditempat lawan diambil kira setelah terikat 3-3 secara aggregate.

Sebelum perlawanan tersebut (perlawanan kedua) bermula, ramai beranggapan bahawa United tidak mungkin mampu bangkit pada perlawanan itu.

Namun semuanya meleset apabila keputusan sebaliknya berlaku.

Dan menariknya, seorang pengguna twitter yang juga merupakan peminat Red Devils, Timmy Chin meramalkan keputusan yang tepat untuk perlawanan tersebut.
Tweet Timmy itu berjaya mencuri perhatian bukan sahaja peminat Manchester United dari seluruh dunia, tetapi juga daripada pemain Manchester United sendiri.
Selepas dicabar oleh ketua pasukan Manchester United, Ashley Young, nampaknya Timmy Chin telah membuat satu lagi ramalan menjelang perlawanan hujung minggu ini berdepan Arsenal. 

Adakah ramalan Timmy kali ini juga akan tepat? Sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post