Arsenal vs Manchester United, penentu slot ke UCL?

PERLAWANAN di antara Arsenal menentang Manchester United bakal dilangsungkan pada awal Isnin ini jam 12.30 pagi, waktu Malaysia.


Arsenal kini berada ditangga kelima liga dengan mengumpul 57 mata, menerima kunjungan Manchester United yang memiliki kelebihan satu mata untuk berada diatas The Gunners ditangga keempat liga.


Dengan hanya baki lapan perlawanan sahaja tinggal (selepas perlawanan) Isnin ini, sudah tentu kedua-dua pasukan ini memerlukan kemenangan bagi memastikan peluang untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan terjamin.

Kedudukan Liga Perdana (setakat artikel ini ditulis, jam 10 malam 9 Mac 2019)
# Pasukan P M S K J B +/- Mata Qualification or relegation
1 Manchester City 29 23 2 4 76 20 +56 71 Qualification for the Champions League group stage
2 Liverpool 29 21 7 1 64 15 +49 70
3 Tottenham Hotspur 29 20 1 8 56 30 +26 61
4 Manchester United 29 17 7 5 58 38 +20 58
5 Arsenal 29 17 6 6 61 39 +22 57 Qualification for the Europa League group stage
6 Chelsea 28 17 5 6 49 30 +19 56 Qualification for the Europa League second qualifying round
7 Wolverhampton Wanderers 29 12 7 10 37 35 +2 43
8 Watford 29 12 7 10 41 41 0 43
9 West Ham United 29 11 6 12 37 41 −4 39
10 Everton 29 10 7 12 39 39 0 37
11 Leicester City 29 10 5 14 35 41 −6 35
12 Bournemouth 29 10 4 15 39 54 −15 34
13 Crystal Palace 29 9 6 14 35 39 −4 33
14 Newcastle United 29 8 7 14 26 36 −10 31
15 Brighton & Hove Albion 28 8 6 14 30 41 −11 30
16 Burnley 29 8 6 15 32 53 −21 30
17 Southampton 29 6 9 14 32 49 −17 27
18 Cardiff City 29 7 4 18 25 57 −32 25 Relegation to the EFL Championship
19 Fulham 29 4 5 20 27 65 −38 17
20 Huddersfield Town 29 3 5 21 15 51 −36 14



Arsenal memiliki baki tiga perlawanan dilaman sendiri selain lima perlawanan ditempat lawan, sudah tentu ianya sedikit menyukarkan tugasan Emery untuk mencatatkan kemenangan berbanding United yang berbaki lima perlawanan dilaman sendiri selepas Isnin ini.

Rekod beraksi dilaman lawan tidak begitu memberangsangkan buat The Gunners apabila sekadar mencatatkan 35.7 peratus kemenangan musim ini daripada 14 perlawanan ditempat lawan yang diharungi setakat ini.

Away
M S K J B +/- Mata
5 4 5 26 27 −1 19
Rekod perlawanan Arsenal ditempat lawan

Manakala United pula mencatatkan 60% kemenangan daripada 15 perlawanan ditempat lawan musim ini (setakat ini).

Away
M S K J B +/- Mata
9 2 4 30 20 +10 29
Rekod perlawanan United ditempat lawan

Berdasarkan statistik tersebut, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa United lebih baik berbanding Arsenal ketika ini bagi aksi dilaman lawan.

Dan sudah tentu United tidak mengalami banyak masalah untuk memungut mata dalam baki perlawanan selepas ini, lebih-lebih lagi dengan lima aksi dilaman sendiri.


Baki perlawanan Arsenal dan Manchester United selepas perlawanan Isnin ini.
Perlawanan Arsenal Manchester United
31 A Wolverhampton Wanderers H Watford
32 H Newcastle United A Wolverhampton Wanderers
33 A Everton H West Ham United
34 A Watford A Everton
35 H Crystal Palace H Manchester City
36 A Leicester City H Chelsea
37 H Brighton & Hove Albion A Huddersfield Town
38 A Burnley H Cardiff City

Dan bagi perlawanan nanti, (bagi penulis) pasukan yang kalah pada perlawanan tersebut akan kehilangan tempat bagi saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Kedudukan Manchester United ditangga keempat liga ketika ini dengan kelebihan satu mata berbanding Arsenal untuk perebutan tempat Top 4 turut berdepan laluan sukar.

Ini kerana selain cabaran daripada Arsenal, United turut menerima saingan daripada Chelsea yang turut mempunyai peluang dalam menamatkan saingan dikalangan empat pasukan teratas liga musim ini.

Chelsea ketika ini kekurangan satu perlawanan dan berada ditangga keenam liga dengan mengumpul 56 mata, satu mata dibelakang Arsenal dan dua mata dibelakang United.

Namun begitu, kekalahan Spurs kepada Southampton malam tadi membuka ruang untuk mana-mana pasukan (United, Arsenal dan Chelsea) untuk menamatkan saingan ditangga ketiga musim ini.

Keputusan perlawanan malam tadi (Sabtu).
Kedudukan terkini liga bagi Top 6.

Spurs memiliki lima baki perlawanan dilaman sendiri daripada lapan perlawanan yang tinggal musim ini, manakala Chelsea pula memiliki empat perlawanan dilaman sendiri daripada sembilan perlawanan yang tinggal untuk diharungi.

Baki perlawanan Spurs dan Chelsea
# Tottenham Chelsea
30 A Southampton H Wolverhampton Wanderers
31 H Crystal Palace A Everton
32 A Liverpool A Cardiff City
33 H Brighton & Hove Albion H West Ham United
34 H Huddersfield Town A Liverpool
35 A Manchester City H Burnley
36 H West Ham United A Manchester United
37 A AFC Bournemouth H Watford
38 H Everton A Leicester City

Sudah pasti keputusan malam ini akan mempengaruhi kedudukan carta dalam pemburuan Top 4 serta ianya juga bakal mempengaruhi perebutan Top 3 liga.

Liverpool vs Burnley
Chelsea vs Wolverhampton Wanderers
Arsenal vs Manchester United
Perlawanan malam ini (Ahad).

Yang pasti, sekiranya Arsenal mahu mendapatkan slot beraksi dalam saingan Liga Juara - Juara musim depan, sedikit pengorbanan perlu dilakukan.

Sama ada memberi tumpuan kepada saingan Liga Perdana ataupun memberi sepenuh tumpuan kepada saingan Liga Europa.

Dengan memenangi Liga Europa, Arsenal tetap mampu beraksi pada saingan Liga Juara Juara musim depan tanpa mengira kedudukan akhir liga yang ditamatkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post