Gerimis Mengundang di Stadium Emirates tatkala Setan Merah dibedil.

IANYA menjadi permulaan impian buat Ole Gunnar Solskjaer sejak menjadi pengurus sementara (caretaker) Manchester United pada Disember tahun lalu.



United ketika ini mempunyai rekod tanpa kalah terpanjang dalam Liga Perdana dengan 10 kemenangan dan dua seri berjaya dicatatkan mereka semenjak Solskjaer mengambil alih pasukan itu sebelum Krismas tahun lepas. 

Old Trafford telah menjadi kubu kuat mereka sekali lagi sepanjang rekod tersebut berjaya diciptakan, namun ianya lebih mengagumkan dimana persembahan mereka dilaman lawan juga banyak menyumbang kepada kebangkitan tersebut.

Laman Lawan
M S K J B +/- Mata
9 2 4 30 20 +10 29
Rekod perlawanan United ditempat lawan (sebelum bertemu Arsenal).

Kusangkakan panas berpanjangan... Rupanya gerimis, rupanya gerimis... Mengundang a-ha-ha-ah... Dalam tak sedar 'ku kebasahan...



Begitulah permulaan lirik lagu Gerimis Mengundang nyanyian SLAM, dan ianya seakan 'kena' dengan keputusan yang diperolehi Man.United dan Solskjaer ketika bertemu Arsenal awal pagi tadi di Stadium Emirates.


Dengan semangat jitu dan penuh keyakinan selepas mereka berjaya menewaskan PSG dilaman lawan, United hadir di Emirates untuk mengulangi pencapaian sama, namun terpaksa akur dengan kehebatan The Gunners.

Mereka gagal menangkis bedilan padu anak buah Emery yang turut sama bersemangat untuk membunuh setan (memandangkan bulan ramadhan hampir tiba, kira-kira dua bulan sahaja lagi) bagi memastikan peluang untuk menamatkan saingan musim ini di kelompok empat teratas liga terjamin.

Kekalahan tersebut sekaligus menghancurkan rekod tanpa kalah yang dimiliki United sebelum ini selain membuka ruang perebutan kelompok empat pasukan teratas liga.

Pada perlawanan awal pagi tadi, Arsenal mendahului United pada babak pertama dan gol pertama The Gunners hadir pada minit ke-12 hasil rembatan padu Xhaka yang menerima hantaran daripada Lacazette untuk meletakkan tuan rumah dihadapan.

BOOM! XhakaGoal!!!
Aubameyang meletakkan Arsenal selesa didepan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69 setelah Lacazette dijatuhkan oleh pertahanan United, Fred dikawasan penalti.

Ternyata Auba tidak goyah dengan sepakan tersebut setelah kecewa pada percubaan minggu lalu dan beliau dengan tenang menjaringkan gol kedua The Gunners.

Auba tenang menyempurnakan sepakan penalti.
Kegembiraan tersebut (gol kedua Arsenal) turut dikongsi seorang penyokong The Gunners yang begitu teruja dengan jaringan Auba itu, namun tindakan penyokong tersebut yang meluru masuk ke padang untuk meraikan gol itu sedikit tercemar apabila melakukan provokasi terhadap Smalling.

Tak tahulah apa nasib penyokong tersebut setelah ditangkap marshal.

Penyokong ceroboh padang.
*Moga beliau selamat 😅

#COYG


Post a Comment

Previous Post Next Post