Apakah rancangan Unai Emery terhadap Ainsley Maitland-Niles ?

AINSLEY MAITLAND-NILES telah bermain dalam pelbagai posisi untuk beberapa tahun kebelangan ini, namun dimanakah beliau bakal berakhir di bawah kendalian Unai Emery.


Pemain muda berusia 21 tahun, Maitland-Niles merupakan produk kelahiran Akademi Arsenal yang mula disertainya pada usia enam tahun.

Beliau membuat debut pertamanya pada tahun 2014 ketika baru berusia 17 tahun dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Galatasaray, apabila menggantikan Aaron Ramsey pada separuh masa kedua perlawanan.

Walaupun khidmat beliau jarang digunakan sebelum ini, namun kecederaan yang dialami Hector Bellerin memberi peluang kepada beliau untuk beraksi lebih kerap musim ini.

Rekod penampilan Niles dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini
Beliau musim ini telah membuat 10 penampilan liga selain lima dalam saingan Liga Europa dengan dua gol berjaya dijaringkan beliau secara keseluruhan setakat ini.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Europa League 5 1 - 355'
Premier League 10 1 1 613'
FA Cup 2 - 180'
EFL Cup 2 - - 150'
Premier League 2 1 - - 68'
JUMLAH 20 2 1 1,366'



Maitland-Niles boleh bermain pada pelbagai posisi, sebagai pemain tengah, pemain sayap dan juga sebagai pemain pertahanan (full back), namun apakah posisi yang sesuai untuk dirinya?

Dimanakan beliau akan berakhir (pada posisi) apa yang akan beliau bermain di bawah Unai Emery musim depan?
Posisi 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Sayap / tengah kanan 11 2 1
Pertahanan Kanan 6 - -
Pertahanan Kiri 3 - -

Kita semua tahu bahawa Hector Bellerin mengalami kecederaan untuk tempoh yang lama dan mungkin akan terlepas beberapa bulan pertama bagi saingan musim depan.

Ketika ini Arsenal memiliki Carl Jenkinson dan Stephan Lichtsteiner yang beraksi pada pertahanan kanan (selain Niles).

Namun kontrak Lichtsteiner bakal berakhir pada penghujung musim ini, meninggalkan Jenkinson dan Niles untuk beraksi pada posisi tersebut, melainkan Arsenal bertindak memperbaharui kontrak pemain pertahanan Switzeland itu.



Pun begitu, penulis tidak merasakan bahawa Emery bersetuju untuk memperbaharui kontrak kepada Lichtsteiner, walaupun khidmat pemain berusia 35 tahun itu lebih banyak digunakan berbanding Jenkinson.

Mungkin pilihan yang ada adalah untuk menandatangani seorang lagi pemain pertahanan kanan yang baru ataupun memberi peluang kepada Jenkinson dan Niles bagi mengisi dan memberi saingan kepada Bellerin.

Rekod penampilan Lichtsteiner bagi saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini (2018/19)

Rekod penampilan Jenkinson bagi saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini (2018/19)
Jenkinson, mungkin menjadi taruhan terbaik Emery walaupun hanya membuat dua penampilan liga setakat ini, memandangkan pemain itu baru sahaja pulih dari kecederaan yang dihadapinya musim ini selain Maitland-Niles.



PEMBELIAN BARU
Setakat ini, tidak jelas mengenai perancangan Emery mengenai keperluan untuk mengukuhkan skuad beliau musim depan.

Ketika ini, kebanyakan laporan mendakwa bahawa The Gunners lebih cenderung dan memberi keutamaan untuk menandatangani pemain sayap baru, pertahanan kiri dan tengah berbanding pertahanan kanan.

Perkembangan ini akan meninggalkan posisi pertahanan kanan hanya akan dibarisi Ainsley Maitland-Niles dan juga Jenkinson.

Dan jika dibandingkan Jenkinson dengan Niles, jelas sekali berpihak kepada Niles yang lebih menjadi pilihan Emery.

Serta aksi pemain muda Inggeris itu dalam dua perlawanan terakhir menunjukkan bahawa beliau mampu berjaya dalam peranan dan posisi yang dberikan itu (peranan yang digalas oleh Bellerin).

Tambahan pula Niles memiliki kelebihan untuk beraksi sebagai pertahanan kanan yang juga mampu bertindak selaku 'wing-back' dan mampu bermain pada posisi sayap kanan.



Jika dana menjadi isu untuk Emery mendapatkan pertahanan kanan baru, yang mungkin juga sebagai 'backup' kepada Bellerin, Niles adalah jawapan yang tepat ketika ini.

Tidak mustahil untuk Emery terus memberi kepercayaan kepada Ainsley Maitland-Niles untuk bermain pada posisi tersebut pada awal musim depan sementara menunggu kembalinya Hector Bellerin.

Menjadi faktor utama dalam membentuk Niles bagi memastikan perkembangan beliau terus meningkat dengan berada ataupun bermain di posisi yang tepat dan betul.

Kerana jika sering diberikan posisi yang berubah-ubah (tidak tetap), sudah tentu ianya akan mempengaruhi karier bolasepak pemain yang baru berusia 21 tahun ini.

Apa-apapun, penulis tetap berharap Niles mampu menjadi seorang pemain ternama dan terus menyinar bersama The Gunners.

Serta diharapkan Emery mampu membentuk beliau selain terus memberi peluang kepada pemain yang dilahirkan dari Akademi Arsenal.

#COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post