PERTEMBUNGAN diantara Rennes menentang Arsenal berakhir dengan kekalahan yang begitu mengewakan buat peminat dan juga pemain The Gunners.



Selain terpaksa menelan kepahitan tewas 3-1, Arsenal turut kehilangan pemain pertahanan pada perlawanan timba balik di tempat sendiri setelah Sokratis dilayangkan kad merah.

Sokratis dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada perlawanan tersebut.
Namun, tulisan kali ini bukanlah untuk membicarakan mengenai prestasi pemain Arsenal pada perlawanan tersebut.

Ianya lebih kepada sudut peminat dan penyokong yang hadir memberi sokongan kepada pasukan pada perlawanan tersebut.

Melalui paparan yang dikeluarkan pada laman Ultras Tifo, walaupun suasana stadium dipenuhi dengan penyokong tuan rumah serta aksi sokongan padu 'Ultras Roazhon Celtic Kop (RCK)', namun ianya tidak menggentarkan sebahagian penyokong The Gunners.

Anda dapat lihat bagaimana aksi penyokong Rennes serta penyokong Arsenal dibawah.









Gambar diatas menunjukkan kehebatan penyokong Rennes melalui RCK manakala gambar dibawah menunjukkan penyokong Arsenal turut membakar flare.

Walaupun tidak ramai namun kami ada....😁



Anda dapat saksikan video dibawah:

Kredit gambar: Ultras Tifo

Post a Comment

Previous Post Next Post