Arsenal vs Newcastle : Siapakah pilihan Emery selepas 5 pemain masih diragui tahap kecergasan

ARSENAL kembali ke aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle pada minggu ini namun Unai Emery berdepan dengan kecederaan yang melanda pemain beliau.



Selepas dua minggu berehat tanpa sebarang aksi daripada The Gunners kerana memberi laluan kepada perlawanan Piala FA dan juga perlawanan Persahabatan Antarabangsa minggu lalu, skuad bimbingan Unai Emery bakal kembali beraksi minggu ini.

The Gunners bakal menerima kunjungan pasukan Rafael Benitez, Newcastle pada hari Selasa (2 April 2019), jam 3 pagi waktu Malaysia.

Ketika ini, Arsenal hanya ketinggalan satu mata dibelakang musuh setempat, Tottenham Hotspurs yang mengumpul 61 mata untuk menduduki tangga ketiga liga.

Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Liverpool 31 23 7 1 70 18 +52 76
2 Manchester City 30 24 2 4 79 21 +58 74
3 Tottenham Hotspur 30 20 1 9 57 32 +25 61
4 Arsenal 30 18 6 6 63 39 +24 60
5 Manchester United 30 17 7 6 58 40 +18 58
6 Chelsea 30 17 6 7 50 33 +17 57


Lawan Arsenal, Newcastle pula ketika ini menghuni tangga ke-13 liga dan Spurs pula berdepan tugas sukar apabila berkunjung ke Anfield pada 31 Mac ini, jam 11.30 malam (waktu Malaysia).

Pun begitu, The Gunners tidak boleh memandang rendah kemampuan anak buah Benitez kerana mereka dalam lima perlawanan terakhir liga, telah mencatatkan keputusan yang agak cemerlang apabila merekodkan tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Seandainya Arsenal mampu mencatatkan kemenangan dan Spurs mengalami kekalahan ataupun seri, tangga ketiga liga sudah pasti menjadi milik The Gunners.

Sekurang-kurangnya itu adalah harapan yang paling logik buat kita semua pada perlawanan liga minggu ini.

Bagaimanapun, persiapan Emery mungkin sedikit terjejas setelah lima pemain tidak dapat beraksi ataupun diragui kecergasan mereka pada perlawanan liga kali ini.

Pemain tengah kebangsaan Wales, Aaron Ramsey terpaksa diketepikan daripada tugasan antarabangsa setelah mengalami kecederaan pada paha beliau.

Walaupun beliau dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius, namun masih diragui untuk beraksi pada  perlawanan minggu ini.

Sead Kolasinac dan Sokratis Papastathopoulos, kedua-dua mereka juga dikatakan mengalami  sedikit kecederaan sepanjang tempoh rehat antarabangsa.

Bagaimanapun, mereka berdua tetap beraksi sepanjang 90 minit ketika Bosnia dan Greece seri 2-2 dalam perlawanan kelayakkan Euro 2020.



Manakala pemain tengah The Gunners, Granit Xhaka terpaksa digantikan pada minit ke-79 ketika Switzerland bertemu Denmark akibat kecederaan.

Pemain berusia 26 tahun itu mengeluarkan satu kemaskini di Instagram dengan status berbunyi:

"Kembali ke London tetapi masih tidak berpuas hati bahawa kami tidak berjaya memperolehi tiga mata dalam kelayakkan EURO menentang Denmark."

"Sentiasa menyakitkan untuk tidak dapat menghabiskan perlawanan tetapi saya telah mendorong diri saya sekeras mungkin sehingga saya terpaksa meminta penggantian saya pada minit ke-79. "

"Selepas tidak dapat menamatkan perlawanan bersama rakan sepasukan saya, saya akan mendapat rawatan pertama malam ini bagi memastikan pulih dengan segera."




Back in London but still unhappy that we didn’t secure the three points in the EURO qualifiers against Denmark. It is always painful not to be able to go the full distance but I pushed myself as hard as I could until I had to ask for my substitution in the 79th minute. After not being able to finish the match fighting with my teammates, I will have the first treatment still tonight to make sure to recover quickly. Wieder in London angekommen ärgere ich mich immer noch darüber, dass es gestern für uns nicht zu drei Punkten im EURO Quali-Spiel gegen Dänemark gereicht hat. Es tut immer weh, nicht die vollen Partie durchspielen zu können… daher habe ich versucht so lange wie irgendwie möglich durchzuhalten um der Mannschaft zu helfen aber in der 79 Minute ging es nicht mehr und ich musste ausgewechselt werden.
A post shared by Granit Xhaka (@granitxhaka) on

Nacho Montreal ditinggalkan di London dan tidak bersama skuad Arsenal ketika mengunjungi Dubai untuk kem latihan dan perlawanan persahabatan menentang AL- Nasr baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau menjalani rawatan pemulihan kecederaan betis yang dihadapinya bagi persiapan menentang Newcastle, namun masih tidak dapat dipastikan tahap kecergasan beliau sama ada bersedia atau tidak bagi aksi minggu ini.

Selain itu, Arsenal juga akan beraksi tanpa Lucas Torreira, yang digantung perlawanan selepas menerima kad merah ketika menentang Tottenham, awal bulan lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post