Kroenke menduduki tangga teratas senarai individu terkaya mengikut kategori (business) sukan.

PEMILIK tunggal Arsenal, Stan Kroenke berada dikedudukan 167 senarai orang paling kaya di dunia.



Mengikut laporan FORBES yang dikeluarkan awal bulan ini, Kroenke merupakan individu ke-167 paling kaya di dunia.

Berada ditangga teratas senarai individu terkaya di dunia bagi tahun 2019 merupakan CEO dan Pengasas Amazon, Jeff Bezos & keluarga, dengan nilai kekayaan sebanyak $131 bilion (MYR 533.24 bilion).

Jeff Bezos, individu terkaya 2019.
Stan Kroeke memiliki kekayaan sebanyak $8.8 bilion (MYR 35.82 bilion) untuk berada disenarai ke-167 terkaya di dunia.

Manakala bekas pemegang saham minoriti Arsenal, Alisher Usmanov pula berada jauh lebih tinggi daripada Kroenke dengan berada di senarai ke-106, dengan nilai kekayaan berjumlah $12.6 bilion (MYR 51.29 bilion).

Usmanov, walaupun berulang kali menjelaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan (menjual) saham beliau di Arsenal kepada Kroenke, namun akhirnya bertindak menjual kesemua sahamnya dengan nilai sekitar $720 juta, menjadikan beliau mengaut keuntungan besar terhadap pelaburan yang dibuatnya sebelum ini.

Kroenke telah menguasai Arsenal sepenuhnya semenjak Usmanov menjual saham kepada beliau pada Ogos tahun lalu dan ketika itu juga beliau membuat pelaburan peribadi sebanyak $1.6 bilion untuk  stadium baru LA Rams (kelab American Football).



Dan pada masa yang sama, pihak pengurusan Arsenal telah diberitahu untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan berbelanja sejimat yang mungkin.

Arsenal telah kehilangan tiga pemain utama ekoran kecederaan jangka panjang pada musim ini dan tidak menggantikan dengan mana-mana pemain pada Jendela Perpindahan Januari, malah kelab juga tidak membelanjakan satu sen pun pada jendela perpindahan tersebut bagi mendapatkan Denis Suarez secara pinjaman dari Barcelona.

Perkembangan tersebut mungkin menjelaskan bajet ataupun peruntukan perpindahan Arsenal pada musim panas nanti (bajet ciput) dan ianya juga bergantung kepada kedudukan akhir yang ditamatkan The Gunners dalam saingan liga musim ini.

Mungkin layak ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan memberikan sedikit harapan untuk mendapatkan dana berbelanja mendapatkan pemain bagi mengukuhkan pasukan.

Info ringkas Individu Terkaya yang mempunyai kaitan dengan Arsenal:

#106 - Alisher Usmanov (Founder, Metalloinvest), nilai kekayaan (setakat 25 Mac 2019) : $12.8 bilion.
Alisher Usmanov, bekas pemegang saham minoriti Arsenal.
  • Pemilikan terbesar dalam kepentingan di Metalloinvest yang terlibat dalam aktiviti bijih besi dan keluli.
  • Merupakan pelabur terawal Facebook, beliau kini memiliki kepentingan dalam Xiaomi. 
  • Beliau juga memiliki saham dalam syarikat telekomunikasi, perlombongan dan media.
  • Usmanov menjual 30% sahamnya dalam Kelab Bola Sepak Arsenal dengan hampir $ 700 juta dalam bentuk tunai pada tahun 2018.
  • Usmanov mencipta kekayaan pertama apabila menghasilkan beg plastik, komoditi yang sangat jarang berlaku di bekas Kesatuan Soviet.
  • Dia mengetuai Gazprom Investholding, anak syarikat milik negara Rusia, Gazprom dari tahun 2000 hingga 2014.



#167 - Stanley Kroenke, nilai kekayaan (setakat 25 Mac 2019) : $8.8 bilion.
Pemilik tunggal Arsenal.
  • Stan Kroenke terlibat dalam urusniaga harta tanah dan sukan.
  • Hampir (seluas) 30 juta kaki persegi harta yang dimilikinya adalah plaza membeli-belah berhampiran kedai Walmart.
  • Berkahwin dengan pewaris Walmart, Ann Walton-Kroenke, anak saudara pengasas peruncitan Sam Walton.
  • Memiliki L.A. Rams, yang dipindahkan ke California dari St Louis pada 2016. Pasukan ini berjaya beraksi di final Super Bowl 2019, namun kalah 13-3 kepada New England.
  • Empayar sukan beliau termasuklah Denver Nuggets (NBA), Colorado Avalanche (NHL), pasukan bolasepak Colorado Rapids dan Kelab Bola Sepak Arsenal di U.K.
  • Kroenke menjadi pemilik tunggal Arsenal pada bulan Ogos 2018 setelah membeli saham minoriti daripada Alisher Usmanov.


#136 - Aliko Dangote (CEO Kumpulan Dangote), nilai kekayaan (setakat 25 Mac 2019) : $10.6 bilion.
Dangote, pernah mengeluarkan hasrat untuk membeli Arsenal.
  • Aliko Dangote, lelaki terkaya di Afrika merupakan pengasas dan pengerusi Dangote Cement, syarikat pengeluar simen terbesar di benua itu.
  • Beliau memiliki hampir 85% Dangote Cement yang didagangkan secara awam melalui sebuah syarikat induk.
  • Dangote Cement menghasilkan 45.6 juta tan metrik setahun dan mempunyai pusat operasi di 10 negara di seluruh Afrika.
  • Dangote juga memiliki kepentingan dalam syarikat pengeluar garam, gula dan tepung yang didagangkan secara awam.
  • Loji  penapisan Dangote telah dibina hampir tiga tahun dan dijangka menjadi salah satu kilang penapis minyak terbesar di dunia setelah ianya disiapkan.

Secara keseluruhannya, mengikut laporan FORBES, Kroenke menduduki tangga teratas senarai individu terkaya mengikut kategori (business) sukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post